BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 16 January 2018

APA NAK JADI NIE ???-FITNAH...





















===============================================

Apa nak jadi dengan Malaysia nie?, tanah air yang kita cintai,tiap
hari,tiap masa dan ketika,kita di sogok kan dengan fitnah,    adu
domba melalui media-media elektronik berterbang di alam maya,
tv, media cetak arus perdana,di sambung pula dengan surat-surat
berantai di tujukan kepada individu tertentu,terutama orang-orang
kuat menyokong perjuangan PAS. Leenie mudah sungguh buat dosa,
kerana semuanya di hujung jari.

Tempias segala fitnah adu dumba nie bagitu hebat terkena pada PAS
dan pemimpin nya,macam-macam di fitnah pada PAS-Pas nak ber-
sama Umno,UG,Pas parti suci,Pas sesat,Pas terima RM.90 Juta dari
Najib Umno dan bermacam-macam lagi di fitnah kepada PAS, pada
hal sampai ke leenie pemitnah nie tak dapat buktikan nya tuduhan
mereka, nielee yang membuat rakyat pening lalat,macam orang ma-
buk ketum..

Fitnah kepada Pas nie timbul oleh kerana Pas taknak bersama pem-
bangkang Pakatan Harapan,selepas Pakatan Rakyat (PR) terkubur.
Pas bukan lee sombong tapi dah serik,kerana mereka tak menghur-
mati Pas,Pas hanya hendak menjadi alat tunggangan mereka,macam
mana nak bersama mereka,sedangkan apa yg di perjuang Pas menge-
nai Islam,di perlekeh,di hina, tuu belum lagi menang,kalau dah me-
nang nanti,apa jadi dengan perjuangan Pas,menegakkan Islam.

PAS bukan sombong,angkuh,Pas boleh berkawan dengan sesiapa
saja,asalkan menghormati perjuangan Pas,sama ada dengan sesama
muslim dan non muslim.

Pas parti tertua di Malaysia sebagai pembangkang,telah menyertai
pilihanraya sejak 1995 lagi,yang lain-lain tuu baru tumbuh,Pas ada
sedikit pengelaman kalah menang dlm pilihanraya.

Udah-udah lee sekalian pemitnah, Umno/Bn dan Pakatan Harapan,
Khasnya Umno/Bn, mari lah kita lawan sebagai anak jantan di PRU
nanti di padang yg sama rata,menang kalah biar rakyat tentukan,
kepada Pakatan Harapan,halakan senjata anda kepada musuh utama
anda Umno/Bn,hentikan fitnah adu domba,kerana ini akan merugi
kan diri sendiri.

Rasullullah saw dalam sebuah hadith yang mashur,maksud nya
"Fitnah itu umpama seekor binatang buas,maka wailun (Celakalah)
orang yang membangunkan nya."

Untuk renungan kita termasuk aku,aku paparkan kesah lagenda
Abu Nawas,
Dizaman dedulu ada seorang hamba Allah yang selalunya mengutuk
memcerca Abu Nawas,dia membuat fitnah ke hulu kehilir,merata
ceruk kampung memburuk-buruk kan Abu Nawas.

Nak di takdirkan Allah pada satu hari timbul rasa insaf di hati nya,
dan mahu bertaubat,lalu ia pun pergi berjumpa Abu Nawas dan ber-
kata "wahai Abu Nawas,aku nak minta maaf kepada kau atas apa
yg pernah aku cakapkan dan fitnahkan engkau,engkau hukum lah
aku dan minta apa saja yg engkau hendak sebagai ganti rugi kepada
engkau."

Abu Nawas berkata,aku tak mahu apa-apa pun sebagai ganti rugi
balas,tetapi hamba Allah itu tak berpuas hati dan terus mendesak
Abu Nawas supaya mengatakan apa-apa yg di perlukan nya,nerca-
ya aku pertimbangkan.Oleh kerana kuatnya desakan hamba Allah
itu maka Abu Nawas akur seraya berkata,"Engkau tolong carikan
aku sebiji bantal yang berisikan bulu,(bulu ayam) untuk aku."

Hamba Allah itu dengan senang hati membawa bantal sebagaimana
yg di pinta Abu Nawas,sambil berkata dalam hatinya,seribu biji
bantal macam nie pun mampu aku adakan.....hahaha..dia dengan ter-
sengeh-sengeh menyerahkan bantal tersebu pada Abu Nawas.

Lalu Abu Nawas pun meminta hamba Allah itu berdiri di satu kawa-
san lapang dan menyuruh hamba Allah itu mengeluarkan isi bantal
tersebut yang merupakan bulu-bulu,maka berterbanganlah bulu-bulu
dari bantal tersebut kemerata tempat di bawa angin hingga tidak
kelihatan lagi.Lalu Abu Nawas berkata pada hamba Allah itu,"Seka-
rang engkau tolong kumpulkan semua bulu-bulu tersebut ke dalam
bantal tadi seperti sediakala."hahaha...cer kita fikir,bolehkah si hamba
Allah tuu buat seperti kehendak Abu Nawas ???.

Renung dan fikir-fikirkan lah cerita nie agar menjadi teladan kepada
kita semua,hentikan fitnah.

































0 comments: