BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 13 January 2018

WEH !!!, "REGA GETAH BUKU JATUH LAGI"



















================================================

Kesian aku pada penoreh getah nie,termasuk aku lee,dah lee,atas nasib
malang mereka,dahlee harga getah jatuh,harga barang terus naik,nak
kata apa ini ketentuan Allah,jadi penoreh getah,kata menteri PESOLA
Umno/Bn.

Dedulu rega getah buku nie 35 sen-40 sen aje sekilo,tapi penoreh boleh
hidup tenang dapat tanggung anak-anak sekolah hingga ke peringkat
Universiti,kerana harga barang tak naik pun,harga gula,barang keperluan
dapor murah,beras tak sampai tiga ringgit segantang,tak cukup duit boleh
beli secupak dua,leenie tak main gantang cupak dah,pakai kilo.Dulu tak
dak GST.

Lauk pulak,boleh kutip sayur-sayur kampung,ikan boleh pi jala,sauk
menangkul,leenie ikan-ikan sungai dah takdak dah,dah buta mata,pupus
dah kerana sungai tercemar lumpur,akibat pembalakan tak terkawal oleh
kerajaan Pasola.

Penoreh getah nie bukan boleh kerja terus,ia bermusim,musim hujan,
musim daun gugur (luruh),musim hujan takleh toreh,getah tak masuk Pot,
melilih kat lain,nak kerja lain dah tak larat,kerana dah tua,yang boleh buat
dok melengung di tangga,sambil isap rokok daun tembakau jawa.Penoreh
nie boleh di kata kan 80% org tua,orang muda dah taknak menoreh dah,
bau busuk getah beku nie.

Walau pun kerajaan Umno/Bn ada bagi bantuan BMT (bantuan musim
tengkujuk) rm.200 sebulan,Nov-Dec-Januari,tapi bukan semua tuan kebun
dan penoreh dapat,dia ada syarat,pekebun,penoreh mesti ada kad dari LGM
(Lembaga Getah Malaysia),nak dapat kad nie terpaksa pergi Pejabat LGM
yang jauh.

Tapi apa pun syukur BMT rm.200 tuu,boleh buat bayar bil letrik,air dll,
kalu ada lebih sepuluh dua tuu boleh buat belanja beli beras.Aku harap
menteri-menteri Pasola Umno/ Bn segera ambil tindakan menstabil kan
rega getah nie,jangan dok kata ketentuan Allah saja,kerana demo nie lee
penyokong tegar kamu.

Takpe-takpe,"Kami Penoreh tak Rela di Perdaya Umno/Bn lagi".














0 comments: