BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 19 July 2017

DEMI UNTUK BERKUASA,MENANG PRI-14 !!!.






















GELAK MELAYU-MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI
----------------------------------------------------------------------------------------------

Demi untuk menang undi dan berkuasa PRU-14,
Najib sanggup beri taraf Bumiputera pada India
Muslim,katanya komoniti India Muslim sebahagian
daripada rakyat malaysia mendiami negara ini sejak
berkurun lalu.Masyarakat India Muslim selama ini
menjadi penyokong kuat BN,beliau menyeru keadaan
itu di teruskan.

Beliau bercakap di majlis rumah terbuka Hari Raya
anjuran beberapa Pertubuhan India Muslim di Serdang
Selangor,katanya lagi, pada hakitat nya masyarakat India
Muslim di negara ini ia lah Bumiputera.

Yale tuu,Demi undi dan nak memenangi hati masyarakat
ini,Nasib kedudukan Istimewa dan hak istimewa orang
Melayu Bumiputera/Peribumi boleh di lelong dan di gadai
dengan harga yang murah.

Kedudukan hak istimewa orang Melayu/Bumiputera/Peri-
bumi sudah tercatat dalam perlembagaan sejak merdeka lagi.

Pengertian Bumiputera/Peribumi itu sendiri berdasarkan
penduduk kaum asal dalam sesebuah negara yang kita tidak
tahu bila datang itulah di panggil Bumiputera atau Peribumi
di Sabah dan Serawak.Tetapi hari ini Najib sanggupa mengga-
dai,melelong dengan harga murah...Najib buat apa saja untuk
berkuasa.

Perkara ini telah termaktub dalam perlembagaan,semasa Tanah
Melayu,kemudian Malaya,kemudian Malaysia nak menuntut
kemerdekaan,dari Omputeh...Omputeh beri syarat.pendatang-
pendatang yang mereka bawa,seperti India yang bekerja di ladang-
ladang mereka,China yang bekerja di Lombong-Lombong mereka
di terima sebagai rakyat Tanah Melayu ketika itu.

Bangsa-bangsa ini,India,China ini menerima,Bumiputera,bahasa
Melayu,Bahasa Kebangsaan (152) Perlembagaan,Agama Islam 
agama Persekutuan,hak-hak Bumiputera,rizab melayu dll.

Perkara-perkara ini tidak boleh di ungkit,tidak boleh di pinda,
walau pun Parlemen lulus,ia tidak boleh di wartakan,bila tidak
boleh di wartakan,maka tidak boleh di kuatkuasakan.Ini kerana
melibatkan Majlis Raja-Raja Melayu,sebagai benting terakhir
menjaga hak-hak Istimewa orang-orang Melayu.

Orang Melayu.Orang Asli dan Lain-lain di Sabah,Serawak ada
lah Bumiputera/Peribumi yang lain-lain tuu asal pendatang.
Senang nya nak dapat taraf Bumiputera,sokong BN,kalau gitu
India/China NON Muslim pun boleh lah minta iktiraf sebagai
Bumiputera .

Nampak nya makin gelap lee ropa kulit Melayu,yang leenie pun
dah gelap,kelabu asap.

Takpe-takpe......hang buat lee,lagi hang ada kuasa... 

0 comments: