BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 20 July 2017

PERTAHAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA
















==============================================
PENGANGJURAN Ijtimak Aanarabangsa Perpaduan ummah
kali ke-4 di Kota Bharu Kelantan membuktikan bahawa penya-
tuan umat islam dalam memastikan islam terus di pertahan kan
daripada pelbagai ancaman yang telah di rancang oleh musuh-
musuh islam.

Sejarah lalu berjaya membuktikan apabila umat islam bersatu
berjuang di atas paksi dan akidah yang sama lantas sisten pen-
tadbiran islam berunsurkan keadilan serta landasan syara' telah
memberikan keamanan sehingga tidak wujud golongan tertin-
das.

Namun peta luka umat islam mula terlahir tatkala jatuhnya
Khilapah pada tahun 1924 sehingga kini maruah umat islam
lama kelamaan menjadi boneka serta hilang identiti kekuatan
islam sebenar.

Umat islam perlu bersama dalam usaha menjadi benteng bari-
san hadapan apabila islam di pijak dan di hina tanpa mengira
latar belakang budaya,sosio ekonomi,kedudukan georgrafi,
kerana ketika kita bersempuh berdoa memohon bantuan serta
pertolongan kita berkiblat yang sama.

Jesteru penganjuran kali ini dengan penyertaan pelbagai negara
memberikan isyarat awal, umat islam perlu sedar betapa mereka
adalah sebahagian daripada watak utama dalam memastikan ke-
menangan islam,lantas membawa panji-panji islam seantero
dunia.

Kejernihan islam perlu di tampilkan,kekuatan islam harus di-
perkasa kan,musuh-musuh islam perlu di hindirkan,kesucian
islam wajar di pamerkan,kekotoran jahiliyah terus di hapuskan
nescaya kita mampu melihat generasi akan datang menekmati
islam sebaiknya.

Ayuh,nyatakan solidariti Perpaduan Ummah dengan sama-sama
hadir pada malam kemuncak serta bantahan terhadap tindakan
ISRAEL yang menghalang Solat Jumaat di Masjid Aqsa.JIKA
BUKAN KITA,SIAPA LAGI,JIKA BUKAN SEKARANG
BILA LAGI.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak

#sumber:harakahdaily.

0 comments: