BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 12 July 2017

LELAKI DITAHAN SEMBELIH,JUAL DAGING ANJING.

============================================

SIBU:Polis Sibu menahan seorang pengusaha gerai makanan
selepas menyerbu sebuah premis menyembelih serta menjual
daging anjing di Lorong Rambutan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP,Saiful Bahari Abdullah berkata
lelaki berumor 54 tahun itu juga pemilik premis terbabit di tahan
kerana di syaki menjalankan kegiatan menyembelih dan menjual
daging anjing.

Menurut beliau,suspek mengaku terlibat dalam kegiatan tersebut
dan akan di reman untuk siasatan lanjut.

Turut serta dalam serbuan tersebut adalah Pegawai daripada Jaba-
tan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Sementara itu,Jabatan Kesihatan Negeri Serawak,dalam kenya-
taan semalam mengesahkan 1 lagi kes baru Rabies dari Kam-
pung Ampangan,Serian,selepas melalui ujian makmal dan men-
jadikan 4 kes di catatkan di negeri ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu,mena-
kala seorang lagi di laporkan masih kritikal dan tenat di Hos-
pital Umum Serawak.
....sumber:Bernama.

0 comments: