BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 20 July 2017

India Muslim Tidak Boleh Jadi Bumiputera..














India Muslim Tidak Boleh Jadi Bumiputera:
Prof Khoo Kai Kim.
------------------------------------------------------------------------------
Pakar Sejarah Prof Khoo Kai Kim tidak setuju dengan saranan
mengiktiraf India Muslim sebagai Bumiputera,sehari selepas Datuk
Seri Najib berjanji sama ada status Bumiputera itu boleh di wartakan
keatas masyarakat itu.

"Kerajaan tidak boleh mengerniakan Status Bumuputera kepada
India Muslim.Tetapi jika mahu,mereka boleh di kurniakan status
Melayu,"kata Khoo kepada FMT, mengulas saranan sebuah Pertu-
buhan India Muslim pada Selasa supaya masyarakat itu di beri
status Bumiputera.

Khoo memberikan sejarah ringkas asal-usul istilah "Bumiputera",
dengan berkata ia di cipta pada 1963 untuk merujuk penduduk asal
bukan islam Sabah,Serawak dan Tanah Melayu.

"Sebelum 1963,orang Melayu di Semenanjung cuma di kenali
sebagai Melayu.Definisi Melayu ia lah seseorang itu beragama
Islam,serta tabiatnya bertutur Melayu dan mengamalkan budaya
Melayu," katanya merujuk definasi dalam Perlembagaan Perse-
kutuan.

Menurut nya,depinisi itu lahir apabila Penjajah British pada
1913 memperkenalkan enekmen Rizab Melayu,di mana ia memerlu
kan takrifan mengenai siapa kaum Melayu.

Katanya,seorang Bumiputera yang menganuti Islam boleh di anggap
sebagai Melayu.

"Tetapi seperti yang kita tahu,Bumiputera tidak boleh beli tanah
Rizab Melayu,menakala Bumiputera Sabah dan Serawak pula hanya
miliki tanah di negeri masing-masing," katanya.

Khoo berkata dalam soal hak istimewa,adalah jelas hanya di khaskan
kepada Melayu dan Bumiputera.

"Jadi,seorang India Muslim tidak boleh di anggap Bumiputera",tetapi
mereka boleh di anggap Melayu seperti kebiasaan nya di Pulau Pinang
di mana masyarakat India Muslim sudah lama di anggap sebahagian
masyarakat Melayu."

Khoo berkata, Kesatuan Melayu Pertama di Pulau Pinang di asas kan
masyarakat  India Muslim pada 1927,dan memainkan peranan  besar
dalam membentuk UMNO di negeri itu.

Kelmarin,Najib berkata kerajaan sedia mengkaji secara mendalam tun-
tutan supaya masyarakat itu di beri status Bumiputera.Hakikatnya tuan-
tuan dan puan-puan "BUMIPUTERA" katanya  pada Majlis Hari Raya
di hadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan pada selasa
malam.
#sumber:Free Malaysia Today. 

0 comments: