BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 19 July 2017

Jangan Ulangi Daging Kambing Bercampur BABI...
















=============================================
SEKRETARIAT Suara Pengguna Perihatin Malaysia (SPPM)
melahirkan rasa kesal dengan tindakan pengimport produk dan
pengusaha tempatan daging sejuk beku yang rakus mengaut ke-
untungan sehingga tidak menghiraukan sensitiviti Umat Islam
dengan penemuan 4 Kontena daging kambing bercampur daging
BABI di dalam Kontena yang sama pada 16 July lalu.

SPPM mendesak agar siasatan di lakukan dengan teliti dan ter-
perinci oleh pihak yang bertanggungjawab dan hukuman setempal
mesti di kenakan terhadap pengimport dan pengusaha tempatan
yang cuai dan rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan Sensi-
tiviti mejoriti pengguna muslim di negara ini.

Menurut Presiden SPPM,Normala Sudirman tindakan itu adalah
penting supaya menjadi pengajaran bagi peniaga yang lain,agar
kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Baru-baru ini,Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemereksaan
Malaysia (MOQIS) yang di laporkan telah menyita 4 Kontena
berisi daging kambing bercampur daging BABI dalam serbuan di
Pelabuhan Tanjung Pelepas Gelang Patah,Johor di percayaai di-
bawa masuk dari Sepanyol.

Bekalan daging anggaran 120 Tan bernilai kira-kira RM.2 Juta
yang di rampas dalam satu serbuan sekitar jam 1 tengah  hari
bukan lah jumlah yang sedikit.

"Persoalan nya,berapa ramai lagikah pengguna muslim yang
telah membeli daging akan menjadi mangsa?" perbutan yang
tidak bertanggungjawab ini?.

Di laporkan sebanyak 74 Kontena telah terlepas sebelum ini dan
pendedahan ini cukup mengguris hati dan menimbulkan kere-
sahan pengguna muslim di Malaysia.

"Melalui pemereksaan awal MOQIS menemui 160 kotak daging
BABI di susun secara bercampur dengan 1,142 kotak daging kam-
bing dalam kontena pertama,selain kira-kira 30 Tan daging kam-
bing pada kontena kedua dan ketiga,"ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau,yang juga Setiausaha Lajnah Pengguna dan Pekerja
PAS Pusat,Peniaga harus sedar bahawa isu produk makanan
HALAL atau HARAM bagi umat islam di negara ini harus di pert-
halusi dan tiada kompromi dalam memastikan setiap produk perlu
memenuhi piawaian tertentu,ianya tambah beliau bagi memasti
kan hak pengguna muslim terjamin dan tidak menimbulkan kere-
sahan serta keraguan umat islam di Malaysia,kerana mejoriti
penduduk negara ini adalah beragama islam.

"Kita merakamkan ucapan tahniah kepada pihak MAQIS atas
penumuan dan rampasan terhadap 4 kontena daging kambing
becampur dengan daging BABI dalam kontena yang sama
pada 16 July lalu.

"Sekurang-kurangnya pendedahan akan menyebabkan semua
pengguna di Malaysia berwaspada dan meninggalkan makanan -
yang meragukan dan tidak membeli sesuatu produk yang menim-
bulkan Was,"kata  beliau.

Justeru,beliau menesihatkan pengguna muslim meninggalkan apa-
yang menjadi keraguan dan apa yang menimbulkan perasaan was-
was,selain bertenang dengan pendedahan isu itu serta serahkan ke-
pada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan
sewajarnya agar insiden seperti itu tidak akan berulang lagi.

#sumber,harakahdaily..

0 comments: