BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 6 November 2016

KAMI DATANG CUMA NAK AMBIL DUIT SAJA...
















---------------------------------------------------------------------------
Kami datang nak ambil duit saja,Pengakuan Peserta Baju
Merah.
sertai baju merah,tapi lebih percaya kepada Malaysiakini.
Gerakan Baju Merah semalam mengadakan himpunan berde-
katan Pejabat Malaysiakini bagi mendesak Portal Berita ter-
sebut di tutup.

Himpunan yang di ketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai
Besar,Datuk Seri Jamal Md Yunus itu di buat ekoran dakwaan
Malaysiakini mendapat dana daripada Open Sosiety Fomdation
[OSF] yang di kaitkan  dengan jutawan        Amerika Syarikat
George Soros.

Kehadiran petang semalam di anggarkan sekitar 700 orang.

Namun berdasarkan perbualan antara wartawan Malaysiakini
dengan salah seorang peserta himpunan itu mendapati  tidak
semua daripada mereka yang hadir berpendapat bahawa lapo-
ran berita yang di sampaikan Malaysiakini bertujuan menja-
tuhkan kerajaan.

Katanya yang enggan identiti di dedahkan,beliau sendiri se-
tiap malam sebelum tidur akan melayari Malaysiakini bagi
mengtahui hal ehwal semasa.

Menurutnya,beliau lebih percaya dengan laporan Malaysia
kini berbanding stesen televisyen dan akhbar-akhbar yang
cenderong kepada kerajaan.

"Setiap malam saya baca Malaysiakini,berita yang di sampai
kan telus tidak ada yang hendak di sorokkan,"ujar beliau de-
ngan berterus-terang.

Mengulas lanjut lelaki yang berusia lingkungan 40 tahun itu
yang datang dari Bangsar bersama isteri dan anak lelakinya
berusia sekitar 10 tahun berkata apa yang berlaku ini  adalah
agenda politik masing-masing.

"Ini soal politik masing-masing yang mana mereka mengguna
kan platfom sebegini bagi menaikkan nama mereka untuk  di-
tonjolkan kepada ketua-ketua mereka,"katanya,malah beliau
juga turut mempersoalkan apakah kemampuan Gerakan Baju
Merah.

"Malaysia ada undang-undang mana boleh kita buat sesuka hati
Apa kekuatan baju merah nak pertahankan negara,"soal  lelaki
terbabit,katanya lagi,negara Malaysia adalah negara demokrasi
justru apa yang di lakukan baju merah ini juga adalah hak me-
reka,bagitu juga apa yang Malaysiakini laku kan sekarang.

Kita setip rakyat ada hak untuk berhimpun malaysiakini tidak
boleh marah sebab itu ketua pengarang kamu pun begitu menga-
malkan demokrasi dia boleh jumpa baju merah,"katanya.

Malah dalam pemerhatian Malaysiakini juga medapati rata-
rata peserta himpunan yang hadir semalam tidak maklum
dengan tujuan kehadiran mereka di hadapan Pejabat Malay
sia kini.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada sekumpulan wanita
di pertengahan tahun berkata,kehadiran mereka sekadar me-
menuhi undangan gerakan baju merah.

"Entahlah,kami pun tak tahu.Datang nak beri sokongan
untuk orang melayu saja kot,"kata salah seorang peserta
himpunan di hadapan pejabat Malaysiakini di PetalingJaya.

Meraka di fahamkan datang dari Sungai Buluh bersama
lebih 80 orang dengan menaiki bas kilang dan bas persiaran.

Malaysiakini juga mendapati kehadiran peserta himpunan
baju merah petang tadi di hadiri gulungan remaja 14 tahun
hingga 18 tahun.Mereka hadir dengan berbaju merah turut
memakai mafla bertulis "Himpunan Merah Meruah Melayu

Malah dalam perbualan bersama Malaysiakini ada di kala-
ngan remaja terbabit berkata kehadiran mereka dalam him-
punan baju merah hanya sekadar mendapatkan sejumlah
wang .

Namun,ketika di ajukan soalan,berapakah anggaran nilai
wang tersebut,remaja terbabit berlalu pergi meninggal kan
wartawan Malaysiakini.

"Kita orang datang nak ambik je kak,"kata remaja terbabit.

-mkini.



0 comments: