BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 7 November 2016

UMNO PECAT PAS DARI BN,AKHIRNYA MEMAKAN DIRI NYA...















=============================================
CATATAN SEJARAH PEMECAHBELAH yang di mainkan
oleh UMNO-BN,ini aku tulis kembali memberi ingatan pada
pejuang-pejuang Pas,terutama pada generasi yang mula ber-
jinak dalam politik supaya berhati dengan mereka ini.
Siapa sangka langkah UMNO Pimpinan Tun Husin Oon meme-
cat Pas daripada  BARISAN NASIONAL [BN]    pada  tahun
1978 akhirnya memberi kesan yang panjang kepada perpaduan
Melayu dan Islam di negara ini hingga menghantui parti   itu
sendiri dan menyusahkan usaha kerjasama baru.

Perangai buruk Umno tidak menghormati Pas pimpinan  Asri
Muda dalam menentukan kedudukan  kerajaan BN,Kelantan
pimpinan Pas ketika itu,kini menunjukan apa saja keputusan
politik akan memberikan kesan panjang yang tidak di jangka
pada masa akan datang.

Kesukaran umno mendapatkan kerjasama daripada Pas ada
lah sebab tindakan umno yang tidak berfikir panjang ketika
itu,hanya mencari laba politik mereka.Dengan campur tangan
terhadap hal ehwal dalaman pas,umno meleraikan perpaduan
umno-pas yang di rintis oleh Tun Razak Hussein   dan Asri
Muda,hingga kesan nya ialah BN sendiri kehilangan sokongan
di 5 negeri dalam PRU 12,ia itu,Kedah,P.Pinang,Selangor
Perak dan Kelantan sendiri.

Ketika BN berada di kemuncaknya dengan menguasai semua
negeri di Malaysia,maka umno pula  memecahkan perpaduan
Melayu-Islam,dengan langkah pertamanya meretakkan hubu-
ngan antara kumpulan yg menyokong Asri dengan penyokong
Mohamad Nasir.Hasilnya Pas berpecah,maka lahirlah parti ser-
pihan nya BARISAN JEMAAH ISLAMIAH SEMELAYSIA
[BERJASA].

Akibatnya Pas kehilangan Kelantan tetapi bukan nya BERJASA
yang menggantikan dalam BN,tetapi UMNO yang muncul seba-
gai pemimpin kepada kerajaan negeri Kelantan,BERJASA tidak
muncul sebagai parti yg kuat seperti PAS,maka UMNO muncul
bertambah gagah dalam BN.

Pada tahun 1984,Pas bertambah pecah dengan muncul sebuah
lagi parti serpihan ia itu HISBUL MUSLIMIN MALAYSIA
[HAMIM],Parti ini di terima masuk kedalam BN walau  pun di-
bantah oleh BERJASA.

Walau pun ada dua parti iaitu HAMIN-BERJASA dalam BN
ia tidak dapat menggantikan kekuatan Pas,tetapi sebaliknya ia
juga gagal mengimbangi UMNO.Ketika itu UMNO rasa jalan
nya ini adalah benar dan betul,dengan memecahbelahkan parti
Islam,tetapi akhirnya Asri sendiri menyertai UMNO walaupun
usahanya untuk membubarkan HAMIM gagal.

Tidak lama kemudian UMNO sendiri mengelami perpecahan,
Daripada kehancuran nya muncul UMNO BARU Pimpinan
Mahathir Mohamad dan Parti SEMANGAT 46,Pimpinan Tng-
ku Razali Hamzah.Walaupun UMNO BARU muncul sebagai
pengganti UMNO untuk menerajui BN,BERJASA DAN
HAMIM memilih untuk bersekutu dengan PAS dan Semangat
46 berserta untuk Konggris India Muslim Malaysia [KIMMA]
MENUBUHKAN ANGKATAN PERPADUAN UMMAH
[APU].

Menjelang pilihanraya Umum [PRU] 1986 Pihak yang mendu-
kung Perpaduan Ummah hampir menang mengalahkan kumpu-
lan yg banyak memecahkan perpaduan ummah,Angkatan perpa-
duan ummah dan gagasan rakyat hampir kalahkan BN.

Dalam menghadapi situasi ini,BN mengambil jalan untuk me-
mecahkan Angkatan Gagasan Rakyat ini,mereka menghantar
wakil ke Pas supaya keluar dari Angkatan,sebaliknya bekerja
sama dengan Umno.

Kalau Angkatan Perpaduan Ummah membenarkan Pas menjadi
Ketua Kerajaan Negeri Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis
maka BN juga mampu menawarkan perkara yg sama,asalkan
parti itu bekerjasama dengan Umno.

Tetapi janji adalah janji,dalam detik-detik penting ini pas wajar
beristiqamah dengan Semangat 46,namun S-46 tersilap dengan
bersikap angkuh apabila berjaya menarik keluar parti PBS drp
BN maka Angkatan-Gagasan pun kecundang,cuma Angkatan
Pas berjaya menyapu berseh di Kelantan.

Namun bagitu akhirnya Umno berjaya juga memecahkan Ang-
katan-Gagasan,S-46 di bubarkan di serap ke Umno Baru.

Kerja-kerja busuk,memecahbelah parti org lain,akhirnya mema-
kan diri sendiri,pada tahun l999,Umno sendiri yang pecah,dan
serpihan nya menubuhkan Parti Keadilan Nasional.Padah  nya
di terima oleh UMNO-BN pada PRU 1999 apabila Terengganu
menyertai Kelantan menjadi Negeri bukan BN.

Tahun 1999 kemenangan Pas juga hasil daripada perpaduan
empat parti dan Barisan Alternatif,Pas,Keadilan,Dap dan parti
Rakyat Malaysia [PRM].Tetapi jentera propoganda BN,berjaya
satu peringkat apabila Dap keluar drp barisan alternatif.

Tetapi pihak lain Gerakan Perpaduan juga apabila keadilan
bergabong dengan PRM untuk menjadi parti Keadilan Rakyat.
Ia dan Pas mengukuhkan lagi Barisan Alternatif dengan Kea-
dilan yg mempunyai jalinan kerjasama dengan Dap.

UMNO-BN berasa mereka berada di landasan betul apabila
PRU 2004,ia berjaya merampas Terengganu dan hampir me-
numbangkan kerajaan Pas Kelantan,ketika itu tidak ada sedi-
kitpun cakap-cakap mengenai perpaduan,sebaliknya mereka
berasa sokongan rakyat terhadap UMNO-BN sudah pulih.

Tetapi kerajaan negeri BN,Selangor,Perak tumbang dlm PRU
12,2008,tanpa tertangguh usha dilakukan untuk menarik Pas
keluar daripada Barisan Alternatif,maka gambarnya muncul
Kerajaan PAS-UMNO di Perak dan Selangor.

Tidak kah ada pertimbangan bahawa rakyat yang mengundi
Pas di kedua-dua negeri itu atas kerjasama Pas-Keadilan dan
pembangkang.

Oleh itu hati-hati lah dalam menangani sebarang masaalah
jangan lah kita membuat keritikan terbuka melalui akhbar
akhbar,buatlah perbincangan terlebih dahulu,kerana banyak
buruk daripada baik,kerana UMNO sentiasa mengambil ke-
sempatan hendak memecahbelahkan parti pembangkang,
halakan muncung senjata anda kepada musuh,jangan bagi
bola tanggung kepada umno.

UMNO-BN,hari ini macam orang lemas dan sampai ke-
paras hidung,apa saja memaut ranting,sebab itu semasa aku
kursus pertolongan cemas dulu,che gu aku kata,kalau nak
tolong orang lemas,pukul dulu hingga dia pengsan,kalau
tidak kita sekali di peluknya hingga lemas bersamanya.

Mana boleh buat kawan dengan dengan mereka nie,nanti
di kerkah nya pula kepala kita....

0 comments: