BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 22 November 2016

KESAH UMNO...PAS MACAM TAK LAYAN SAJA,PINANGAN DEPA...!!













=============================================
Kesian UMNO...

Selepas perhimpunan Bersih 5,yang terbukti  mendapat sambutan
cukup ketara daripada rakyat berbilang bangsa,bersungguh benar
nampaknya umno mahu bekerjasama dengan Pas.

Dalam waktu terdekat ini saja,sudah dua pemimpin umno menyua-
rakan perlunya kerjasama itu demi perpaduan Melayu konon nya.

Dalam Perhimpunan Umno minggu depan,seruan ke arah kerjasama
yang sebenar nya untuk menyelamatkan nyawa daripada  kalah   pi-
lihanraya pasti lebih berdegar-degar lagi dentum-dentam nya.

Kesian...Walau pun berkuasa sudah lama dan wang pun ada beribu-
ribu juta,tapi masih lagi merintih-rintih mengharapkan cinta lama.

Malangnya,Pas sehingga ini belum tergerak hati lagi untuk menerima
gamitan cinta daripada Umno,sang kekasih lama itu.

Pemimpin-pemimpin Pas bukan saja menolak untuk bergabong,bah
kan bekerjasama pun tak mahu juga.

Malah,di minta pula Umno di bubarkan dan semua ahli-ahli nya di-
syaratkan masuk Pas.kehkehkeh (SH.22/11/2016)

0 comments: