BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 15 November 2016

MUFTI:TANGGUNGJAWAB BERSAMA HALANG SAMSENG
















----------------------------------------------------------------------------
MENGHALANG "SAMSENG" daripada bebas melaku  kan
sesuka hati adalah tanggungjawab bersama setiap rakyat yang
Patriotik, kata Mufti Perlis Datuk Dr.Asri Zainal Abidin.

Katanya,jika gulungan itu di biarkan bermahrajalela,negara ini
akan terjerumus dalam keadaan huru-hara.

"Jika kita membiarkan orang samseng bermahrajalela menye-
rang dan memukul sesiapa yang dia mahu maka negara akan
terjerumus kedalam huru-hara.

"[Akibatnya] orang ramai tidak akan percaya lagi kepada
kedaulatan undang-undang",katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau tidak menyebut secara langsung kepada siapa tulisan
itu di rujuk.

Bagaimana pun,ia di buat sehari selepas insiden melibatkan
Pimpinan Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos berdarah hidung
selepas bergelut dengan pihak polis.

Jamal mendakwa,beliau di pukul oleh "Budak" pemimpin
wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, walau pun beliau di rakam
menyebut "Polis tumbuk saya" sebelum itu.

Insiden berlaku selepas Jamal dan kumpulan nya cuba meng-
hampiri kumpulan BERSIH di Ampang dekat Kuala Lumpur.

Zuraidah menafikan perkara itu dan menghantar surat tuntutan
guaman kepada Jamal dan akan membuat laporan polis berhu-
bung ancaman terhadap nya.

0 comments: