BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 13 November 2016

UMNO ZALIM PAS LEBIH TERUK BERBANDING DAP..








































                   DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD,NAIB PRESIDEN PAS
----------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA :Pas dizalimi sewaktu berada dalam Gabu-
ngan Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding tekanan
DAP semasa dalam Pakatan Rakyat,kata Datuk Iskandar Abdul
Samad.

Naib Presiden Pas itu kemudian menerangkan beberapa penge-
laman hitam pimpinan mereka antaranya    di tahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan peristewa  Memali
1985.

Lantas,PAS tak mungkin bergabong dengan UMNO lantaran
serik dengan kekejaman dan penipuan BN.

"PAS banyak tertipu dengan UMNO.Ahli kita mati dalam trajidi
Memali. Apabila kita berurusan dengan UMNO,kita amat berhati-
hati kerana sebelum ini banyak ahli PAS di tangkap........macam
Datuk Baharuddin al-Helmi yang mati kesan seksaan dalam ta-
hanan ISA".

Beliau berkata demikian dalam sidang media selesai himpunan
Ledakan Suara Rakyat di Taman Medan,hari ini.

Iskandar mengulas tuduhan Pengerusi Parti Peribumi Malaysia
(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggolongkan PAS
dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak, kerana tidak mahu bersama pakatan pembangkang.

Beliau kepada cubaan menangkap tokoh        agama Ibrahim
Mahmud (Ibrahim Libya) di Memali Kedah yang meragut  14
nyawa termasuk Ibrahim dan berpuluh lagi cedera.

Ketika itu,Dr.Mahathir merupakan perdana menteri.

Sementara Baharuddin al-Helmi pula merupakan bekas
Presiden Pas yang di tangkap di bawah ISA pada     1965,di-
anggap Nasinolis Radikal dan pemikir Islam,beliau di tuduh
berkomplok untuk menggulingkan kerajaan.

"Kita lebih berhati-hati dengan UMNO lebih daripada parti
lain,DAP dan parti lain tidak terkesan banyak dengan keza-
liman UMNO.PAS paling teruk di zalimi UMNO.Parti lain
tidak kena macam PAS.

"Jadi tuduhan PAS masuk (Gabong) UMNO taqk masuk
akal,"katanya.

Lebih 1,000 orang hadir menyertai Lasak hari ini bagi menya-
takan pandangan terhadap Bajet Persekutuan dan Bajet Negeri
Selangor bagi tahun 2017.

Mengulas himpunan hari ini,Iskandar berkata isi kandungan
ucapan-ucapan sepanjang acara menunjukan banyak percang-
gahan antara PAS dan BN.

Akar umbi kita bangkitkan banyak masaalah,antaranya isu
Uber dan Grap.Selain itu,isu ketidakseraagaman kontrak
artis,cukai barangan dan perkhidmatan.Ini semua dasar kera-
jaan BN",katanya.












            

0 comments: