BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 31 January 2017

TUAN IBRAHIM:HARGA MINYAK






















---------------------------------------------------------------------------

Nilai Ringgit terhadap USD naik sedikit di bulan Januari
2017,harga minyak dedunia pula kelihatan setabil USD 55
setong.

Mengapa harga minyak naik sebanyak 20 sen di bulan
februari?.

Sebagai kerajaan,ia perlu memahami,bahawa setiap kepu-
tusan yang di lakukannya akan membawa impak.

Nilai ringgit yang lemah telah menyebabkan kos harga ba-
rangan naik mendadak.Semua yang bekerja mengharap kan
kenaikan gaji dan bonos untuk menampung kos tambahan
ini.

Para Peniaga kecil-kecilan,sederhana mahu pun pengusaha
sendiri yang mengharapkan penambahan pendapatan untuk
menampung kos yang meningkat.

Kini,kos yang meningkat itu bukan sahaja di sebabkan nilai
ringgit rendah,malah di sebabkan harga petrol domestik yg
tinggi yg bakal meningkatkan kos pengangkutan.Tidak hairan
kalau kumpulan peniaga ini terpaksa mengambil keputusan
untuk menaik kan harga jualan mereka.

Tapi jika semua pihak inginkan penambahan pendapatan (ini
bermakna kos perniagaan pada puratanya akan meningkat).
Siapa pula yg sanggup turunkan harga hanya kerana harga
minyak menurun?.

Ramai yang berkata harga barangan perlu menurun sejajar
dengan trend kejatuhan harga minyak.Tapi rialitinya ini
tidak akan berlaku.Siapa yang sudi pendapatan nya di potong?

Lihatlah pada tambang bas,bas sekolah,pengusaha pengang-
kutan sewasta mahu pun pengangkutan awam,penjual ma-
kanan dan barangan - Ada siapa yg berdiri keluar untuk me-
nyatakan mereka akan menurunkan harga servis dan prodok
mereka sejajar dengan penurunan harga minyak?.

Impak daripada keputusan kerajaan menaik kan harga
minyak hari ini sebanyak 20 sen hari ini tidak dapat di
kurangkan dengan penurunan harga minyak di bulan-bulan
akan datang.

Apabila harga barangan dan servis dah naik,ia agak mus-
tahil untuk di turun semula walau apa sebab pun,kerana
ia berkait dengan gaji dan pendapatan orang-orang tertentu.

Oleh itu sejak awal-awal lagi ramai orang yang menyuruh
kerajaan tidak menaikkan harga minyak sewinang-winang
nya,kerana ia membuka peluang kepada kenaikan  harga
barangan dan servis keseluruhan nya yang tidak dapat  di-
nyahkan apabila harga minyak kembali turun.

Tahun 2017 yang mencabar ini kini menjadi lebih menca-
bar bagi rakyat kerana kerajaan yang tidak prihatin kepada
kesusahan rakyat hari ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1Februari.2017.

MARA GANTUNG TUGAS ANNUAR MUSA
















--------------------------------------------------------------------------

Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas
Pengerusinya,Tan Sri Annuar Musa,berkuat kuasa sertamerta.

Turut di gantung,jawatan Annuar sebagai Pengerusi Pelabu-
buran MARA BERHAD (PMB).

Dengan itu,semua tugas Annuar di Agensi berkenaan  kini
di pangku Ahli Majlis MARA,Datuk Dr,Yusof Yacob,lapor
Blt Online.

Di fahamkan keputusan itu  dicapai dalam satu mesyuarat
tergempar yang bermula sejak 9 pagi tadi di Ibu  Pejabat
MARA di Kuala Lumpur.

Menurut laporan sama,mesyuarat berkenaan  di Pengerusi
kan oleh Yusof dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam
Md  Yassin.

Yusof berkata,Annuar sudah di maklumkan mengenai per-
gantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.

Saturday 28 January 2017

PROJEK OBOR dan KEJATUHAN KERAJAAN MELAKA

















=========================================

1) Mengikut laporan The Edge beberapa hari lepas
tentang perjanjian yg baru termenterai dalam Projek
Melacca Gateway yg menelan belanja sebanyak 30 billion
melibatkan kerajaan China di bawah Projek One Belt One
Road,sangat mengusarkan hati.

2) Bukan sedikit projek-projek ini telah berjaya termeterai
dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan sedikit
jumlah hektar tanah yg telah di beli.Melaka Gateway ini
saja merangkumi kawasan seluas 1,366 ekar (522 hektar)
di Selat Melaka.Belum lagi jika kita lihat apa yang berlaku
di Johor.

3) Sepanjang tahun 2012 hingga 2014 Syarikat Hartanah
terbesar China seperti Country Garden,R&F Properties dan
Greenland Group membeli aset-aset tanah yang stratejik,
jika kita lihat perancangan yg bakal meraka bangunkan se-
perti Forest City,3,400 ekar menghubungkan Nusajaya di-
Johor dan Tuas di Singapura,Greenland Group pula ingin
membangunkan bandar sebesar 3,000 ekar di Pasir Gudang

4) Projek-Projek ini juga mengambil model Hong Kong
dan juga Shenzen untuk di bangunkan,hal ini menimbulkan
keraguan dan tanda tanya.Adakah sekadar satu "perniagaan"
sahaja mereka masuk dan melabur besar membeli hartanah
kita? tanpa ada sebarang niat lain?.

5) Jika kita melihat kembali catatan sejarah,ia itu Hikayat
Hang Tuah,pada bab 28,ia itu bab terakhir hikayat ini di-
kesahkan mengenai episod tentang kedatangan Portugis
dengan penuh tipu helah datang ke Melaka.Mereka orang
Pertogis sibuk pada ketik itu membeli tanah di Melaka,
konon nya untuk membina Gedung perniagaan,Sultan
dan orang Melayu percaya bahawa mereka tiada niat yg
jahat,hanya sekadar mahu berniaga.Tetapi sebaliknya
berlaku,mereka telah membawa masuk senjata dan meriam
ke Gedung itu.Ketika sudah siap segala persiapan mereka
maka mereka menyerang Melaka.Jatuhlah sudah Melaka
ketangan Protugis di sebabkan oleh kenaifan orang Melayu
dalam memahami percaturan dan strategi musuh.

6) Lebih 500 tahun prestiwa ini berlaku,dan sepanjang
bacaan sejarah,peristiwa ini pasti terus berulang,berulang
dan terus berulang.Tidak kah kita mahu mengambil penga-
jaran ?.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE







=

Friday 27 January 2017

HADI:DAP tidak,BERSATU mungkin...






















---------------------------------------------------------------------------
PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk
Pilihanraya Umum depan,tetapi masih terbuka terhadap seba-
rang kemungkinan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU).

Priseden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP
telah menunjukan "Belang Sebenar" kepada umat Islam  di-
Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri
itu, lapor New Straits Times.

Katanya,agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan
hanya untuk menang pilihanraya tetapi juga membawa peru-
bahan dalam masyarakat.

Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyam-
paikan kuliah Jumaat di Masjid Rosila Marang Terengganu
hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Ketua Anggota Parlemen
DAP Lim Kit Siang yg kini bertukar fikiran dan sedia kem-
bali bekerjasama dengan PAS bagi "menyelamatkan" Malay-
sia daripada menjadi sebahagian daripada negara Kaleptok-
rasi global.

Hadi berkata PAS berpendirian begitu kerana DAP masih
menolak islam dan pembentukan kerajaan islam sentiasa men-
jadi teras perjuangan PAS.

Berkenaan BERSATU pula,pintu rundingan masih terbuka,
walau pun Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
tempoh untuk PAS berbincang sudah berakhir."Kita boleh
bincang,ini negara demokratik,"kata Hadi.

Muhyiddin Jumpa Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sementara itu,dalam perkembangan lain Presiden BERSATU
Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berjumpa Menteri Besar
Kelantan Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota
Bahru.Dalam pertemuan dua jam itu,mereka turut membin-
cangkan kerjasama bagi menghadapi pilihanraya Umum
akan datang lapor Harakahdaily.

"Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi pilihanraya
umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,"beliau di petik se-
bagai berkata.

Selain itu Muhyiddin turut memberi tahu bahawa akan
mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS
februari nanti," Bagi membentuk kerjasama yang lebih
erat."

Jelasnya lagi,pertemuan yang bakal berlangsung itu
sebagai susulan untuk membincangkan draf kerjasama
yg telah  di kemukakan sebelum ini.

Harakahdaily juga melaporkan,daripada pertemuan itu
Muhyiddin mendapati Ahmad,tim.musyidul am PAS
begitu ikhlas terhadap apa yang di bincangkan.Sempena
pertemuan itu juga Muhyiddin turut memaklumkan akan
menyerahkan 24 buah rumah kepada mangsa banjir 2014
di Kuala Krai hari ini.


Thursday 26 January 2017

SKANDAL PROJEK TERNAKAN IKAN STURGEON FELDA ???.














============================================
Skandal Projek Ternakan Ikan Sturgeon FELDA  ?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  tidak
menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut di jalan
kan terhadap beberapa individu berprofil tinggi berhubung
kes penyelewingan Projek Ternakan Ikan Sturgeon bernilai
RM.47.6 Juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam
Baki berkata,kes tersebut dalam penelitian berikutan penye-
lewangan di buat pihak berkenaan adalah begitu besar,sedang
kan kerja-kerja yg di laksanakan amat meragukan.

Setakat ini belum ada perancangan untuk tangkapan terbaru,
kami akan menyiasata kes tidak kira kecil atau besar.

"Dan,saya tidak menolak kemungkinan ada kalangan ber-
profil tinggi yg akan di siasat dalam kes ini," katanya ke-
tika di hubungi Sinar Harian.

Terdahulu,Mahkamah membenarkan permohonan reman
selama tujuh hari bermula semalam keatas lima individu
termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang di tahan di-
sekitar Lembah Kelang,bagi membantu siasatan berhubung
kes tersebut.

Mereka yang di tahan terdiri daripada bekas pegawai kanan
yang bergelar datuk,bekas pegawai yang terlibat Projek pen-
ternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.
-Sinar-

Tuesday 24 January 2017

PAS Tak Sombong,Hanya Kerjasama Bersyarat


















                         NAZRI AHMAD,KETUA PENERANGAN PAS PAHANG
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Rompin-PAS Pahang menyifatkan kenyataan Penesihat
DAP, Lim Kit Siang yang menzahirkan keinginan nya untuk bekerja
sama dengan Pas sebelum ini sebagai muslihat demi kelangsungan
politik parti itu.

Ketua Penerangan Pas Pahang,Nazri Ahmad,berkata,Pas bukan
sombong atau tidak mahu menyambut salam kerjasama itu,tetapi
dengan syarat ia itu tidak boleh mengganggu dasar perjuangan parti
Islam itu.

Menurutnya,masih ingat ketika menjelang PRN Serawak yg lalu,
DAP menjadikan Pas sebagai "Punching Bag" dengan menghentam
parti dan hudud yang di perjuangkan hanya demi meraih undi rakyat
Serawak.

"Kini menjelang PRU 14, DAP sekali lagi konon nya ingin meng-
hulurkan salam perdamaian dengan Pas demi mendapatkan semula
undi dan sokongan Melayu kepada calon-calon mereka.

"Secara tak langsung,kita dapat lihat ia (DAP) merupakan sebuah
parti yang mengamalkan politik "matlamat menghalalkan cara"  demi
survival politik mereka," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau juga merupakan Yang Di Pertua Pas Kawasan Rompin itu
turut menempelak segelintir di kalangan masyarakat Melayu yang
sanggup bertegang leher,bermandi peluh mempertahankan tindakan
DAP yang penuh muslihat itu.

Beliau turut menegaskan,bahawa syarat yg di letak kan oleh
Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat mudah ia itu
parti boleh bekerjasama dengan sesiapa saja namun dengan syarat
jangan ganggu prinsip perjuangan Pas dan menghalang usaha memerta-
batkan Islam.

Terdahulu Ahli Parlimen Gelang Patah,Lim Kit Siang menyatakan ke-
sediaannya untuk berbaik semula dengan Pas apabila ingin berjumpa
dengan Presiden Parti Islam itu,Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi
tujuan sama.

Beliau berkata,kerjasama itu boleh di rialisasikan sekiranya Abdul
Hadi sedia memberi komitmen untuk menyelamat kan Malaysia dari-
pada menjadi  Kleptokrasi dunia 

 

Tuesday 17 January 2017

BANTAH LARANGAN MOTOSIKAL KECIL MASUK PUSAT BANDAR






















            KHIRIL NIZAM KHAIRUDIN.KETUA DEWAN PEMUDA PAS
            WILAYAH PERSEKUTUAN.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah cadangan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang berhasrat untuk melarang motosikal bersaiz kecil
(KAPCAI) daripada memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur (KL)
Sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon.Langkah
ini bersifat tidak adil dan menindas gulongan yang berpendapatan
rendah,mereka memilih kenderaan bermotosikal kerana kenderaan
tersebut lebih menjimatkan kos dan masa perjalanan.

Dalam keadaan kos sarahidup yg terus meningkat adalah amat
tidak wajar untuk melarang para penunggang motosikal daripada
memasuki pusat bandar Kuala Lumpur.Sistem jaringan pengan-
kutan di KL juga masih belum menyeluroh dan efektif.Tambahan
pula kos tambang  LRT,Bas juga lebih tinggi berbanding mengug-
gang motosikal.

Gulongan Pemuda adalah kelompok mejoriti dalam kalangan
penunggang motosikal.Sekiranya cadangan larangan ini di kuat
kuasakan kelak,semestinya ia memberi kan infak yg begitu besar
kepada mereka khusnya yg berpendapatan rendah.

Kami mendesak agar pihak kerajaan terlebih dahulu melaksana
kan kajian komprehensif berkenaan sistem pengangkutan di KL
bagi menyelesaikan masaalah kesesakan lalu lintas yg terpaksa
di hadapi oleh warga kota pada setiap hari.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengakui peri
penting nya langkah pengawalan pelepasan karbon yang men-
cemarkan udara dan alam sekitar.Namun,cadangan melarang
membawa motosikal kecil itu saolah bersifat diskriminasi,kerana
kenderaan lain seperti kerita,bas dan lori juga mengeluarkan
karbon bahkan kuantitinya jauh lebih tinggi berbanding moto-
sikal.Pandangan dan maklum balas daripada warga kota juga
perlulah di ambil kira sebelum sesuatu larangan di kuat kuasa
kan.Harakahdaily.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan.
 

 

Monday 16 January 2017

KU NAN AKAN DI SUMPAH,SERANAH?..















-------------------------------------------------------------------
Tengku Adnan Tengku Mansor akan di Sumpah,Seranah?...
Kerajaan akan melarang motosikal kecil atau "KAPCAI"memasuki
Kuala Lumpur,apabila rakyat terbanyak boleh mendapatkan pengang-
kutan awam pada harga berpatutan.

Menurut The Star,Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata,Kementerian juga mungkin akan melarang
kerita di pandu masuk ke Kotaraya memandangkan keadaan sesak
di Kuala Lumpur,terutamanya pada siang hari.

"Pada siang hari,populasi (di Kotaraya) bertambah menjadi sehingga
5 hingga 7 juta kerana pekerja berulang alik ketempat kerja.

Banyak bandar tidak benarkan "KAPCAI" masuk,tetapi kajian
menunjukan ramai orang bermotorsikal kerana kemiskinan atau tidak
mampu (menggunakan mod pengangkutan lain) sebab gaji kecil,"
lapor akhbar berbahasa  Inggris itu.

"Kita akan melihat kemungkinan melarang motor Kapcai masuk ke
Kotaraya,apabila pengangkutan awam yg murah boleh di dapati,"
katanya dan menambah keenderaan kecil seperti itu sering di guna
kan oleh peragut.

Beliau berkata demikian di Pelancaran Kempin Kibar Bendera
Wilayah Persekutuan semalam.

Di minta mengulas larangan keatas beg plastik dan bekas polisterina,
Tengku Adnan berkata kementerian membincangkan kemungkinan
menjadi pembekal barangan biorosot kepada para pengguna.

"Oleh kerana kita meminta org ramai  supaya menanggung kos
barangan biorosot,kita merancang untuk membeli (barangan biorost)
secara pukal untuk di jual kepada peniaga kerana kita tidak mahu
dasar kerajaan membebankan pengguna,"menurut laporan itu-Fmt.
 

Saturday 14 January 2017

UMNO HANYA TUNGGU MASA UNTUK DI TALKINKAN

SHAH ALAM:Umno hanya tunggu masa untuk di talkinkan.
Demikian ujar Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU),Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menurutnya,budaya politik dalam itu yang merosakan parti
rumpun Melayu itu.

"Sebenarnya umno sedang berada di hujung nyawa.Roh dan
jiwa perjuangan umno yang memberi nafas kepada parti itu
telah lama berkubur.

"Yang ada hanyalah jasad umno yang layu,lemah dan longlai.
Umno tak akan pulih lagi dari sakitnya yang tenat.Hanya tung-
gu masa untuk di talkinkan sahaja,"katanya ketika berucap pada
Majlis Pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
di Stadium Melawati di sini hari ini.

Berbeza dengan umno,menurutnya lagi,perjuangan Bersatu adalah
bukan untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baru
untuk orang Melayu,masyarakat peribumi dan rakyat Malaysia.
Jelasnya,Bersatu memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan
ekonomi.

"Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan
saksama tanpa mengira kaum dan agama serta mendukung prinsip
bahawa setiap rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yg
berkualiti dan sempurna.

"Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti,
tetapi matlamat perjuangan yg termaktub secara jelas di  dalam
Perlembagaan.Jadi selagi Bersatu wujud,ini lah yang menjadi
landasan perjuangan parti kita," katanya lagi.

Katanya,Bersatu juga bukanlah serpihan mana-mana parti,dan
perasmian parti itu satu permulaan dan perjalanan masih jauh.

"Masih banyak ranjau,duri dan liku yang mesti kita tempuh,akan
ada ribut,taufan,ombak dan gelombang besar yang perlu kita
redah.

"Tak kurang juga fitnah dan adu dumba yang cuba memecah
kan kesatuan kita.Yang irihati dengan pencapaian kita,"  kata
nya.

"UMNO HANYA TUNGGU MASA UNTUK DI TALKINKAN"

Friday 13 January 2017

Jangan Mangsakan Sekolah Agama Untuk Kepentingan Politik...






















=============================================
Islam tidak pernah anti bahasa dan bangsa kerana semua nya
anugerah Allah kepada kita semua,Malah Islam menggalakan
belajar bahasa lain.Sebagaimana Sabda Rasullullah saw,bermaksud,
"Belajarlah bahasa asing nescaya kamu aman dari tipu daya."Tidak
ada sejarah pemerentahan islam yg menutup sekolah bahasa asing.
Ini menunjukan walaupun islam tidak ada negara,namun ia masih
ada penghayatan islam di dalam diri umat islam.

Kita mengharapkan supaya Timbalan Presiden Gerakan,Datuk Dr
Dominic Lau Hoe Chai menarik balik kenyataan beliau yang menga-
takan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara
ini dan bukan nya sekolah vernakular.Satu kenyataan yang biadap
dan tidak memahami sejarah pembinaan negara.

Kalau atas alasan ada pelajar keluaran sekolah agama ekstremis,
maka kita juga boleh beri alasan pelajar sekolah vernakular,sekolah
aliran inggris,aliran kebangsaan juga ada melahirkan golongan
ekstremis.Apakah kita mahu cadang supaya sekolah ini juga dihapus
kan? Tentu tidak.Ini adalah kes terpencil.

Sama seperti pandangan Dr.Dominic yg di anggap tidak menjaga
sensiviti majoriti umat islam,apakah kita hendak menghukum kese-
luruhan ahli parti Gerakan yang lain.Saya yakin masih ramai orang
yang rasinol di dalam parti Gerakan.

PAS berpegang kepada konsep demokrasi di dalam pendidikan,
asalkan ia menepati dengan pembinaan  tamadun bangsa dan
negara,maka ia di benarkan beroperasi didalam negara kita.

Dr.Dominic sendiri boleh hantar anak kesekolah agama,atau beliau
sendiri pun boleh belajar.Tidak ada larangan untuk beliau belajar
di sekolah agama.Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah mene-
rima pelajar bukan islam untuk belajar di sana,Pas tidak paksa
mereka.

Sejah mutakhir ini menjadi trend parti bukan islam untuk memburuk
kan islam bagi mendapat sokongan politik.Sebelum nya isu 355
untuk memperkasa bidang kuasa mahkamah Syariah,tetapi di gambar
kan dengan sudut nagatif.Ini sikap yang tidak baik menganggu kehar-
monian kaum yang telah di bina sejak negara merdeka.Jangan rosak
kan perpaduan ini semata-mata untuk keuntungan yg tidak seberapa
tetapi memusnahkan sebuah negara.

Carilah modal lain,jangan mangsakan islam.Perlu di ingat,Agama
cukup sensitif dalam kalangan orang islam.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS/Ahli Parliman Bukit Gantang
13/1/2017.
PAS berpegang kepada konsep dimokrasi di dalam pendidikan,

Wednesday 11 January 2017

SIAPAKAH SEBENARNYA,YANG GILA?

Menteri Pelancungan dan Kebudayaan menyifatkan
Tun Mahathir "GILA" kerana mendakwa tanah yang di-
jual kepada warga asing akhirnya akan menjadikan
Malaysia negara asing kerana katanya tanah itu tidak
boleh di bawa balik ke negara asal mereka.

Siapa sebenarnya yang Gila?

Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa
buah kedai di bandar Malaya dan tidak membawa kedai
nya balik ke China,tetapi akhirnya menjadikan semua bandar
bandar di Malaya dan Malaysia sebagai pekan China.

Kerajaan British dan seterusnya kerajaan Malaya dan Malaysia
mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak
boleh menjual tanah dengan sewinang-winang kepada orang
asing dan bagi mengekalkan pemilikan Melayu dan penempatan
Melayu.

Jika libralisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tengku
dan Tun Razak dan mahukan orang Melayu berada di bandar-
bandar untuk membolehkan orang Melayu menyaingi org China
maka Tun Razak telah menginisiatifkan penubuhan UDA untuk
membina kedai-kedai atau tapak perniagaan bagi org Melayu.

Tun Mahathir menerusi PNB telah berjaya merampas semula se-
luas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit yang di-
miliki oleh British (GUTHRIE) menerusi serangan waktu Subuh
di London Stock Exhchange pada 7 september.1981.

Maka itu sudahlah sampai bagi memenuhi nafsu libralisme dan
Globelesme Najib dan Nazri,kita hapuskan tanah Simpanan
Melayu,kerana tanah-tanah itu menurut peguam umno yang
tidak gila atau pun tidak tiga suku Nazri Aziz tidak akan boleh
di bawa balik ke negara China.

Malaysia boleh jadi negara China tanpa orang China membawa
balik tanah negara ini ke negara China.
Hidup Nazri!,Hidup Najib!,Hidup Umno!!!....



Tuesday 10 January 2017

IKUT APA PM CAKAP,BUKAN APA DI BUAT...














-------------------------------------------------------------------
"Ikut apa PM.Cakap,Bukan apa di buat".......................................
Ahli Parlemen Pokok Sena,Datuk Mahfuz Omar menyindir
ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhim-
punan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang mengingatkan pen-
jawat awam supaya tidak mengambil hak rakyat.

"Saya percaya pesanan dan nasihat PM Najib agar Pegawai Kera-
jaan jangan ambil hak rakyat menunjukkan beliau sekadar mahu
merujuk kan kepada rakyat yang pegawai-pegawai kerajaan  lah
yang menjadi punca segala masaalah gejala rasuah dan ketirisan
perbelanjaan wang negara.

"Pegawai kerajaan,jangan ambil hak rakyat dan jangan amal kan
rasuah,walau pun PM boleh terima kalau rakyat sudi derma,"
sindir Mahfuz yg mengaitkan ucapan itu dengan skandal 1MDB.

Semalam,Najib di laporkan berkata,beberapa siri pendakwaan
terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dlm
kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.

Jelas Najib,kes-kes demikian yg di tangani Suruhanjaya Pen-
cegahan Rasuah (SPRM) boleh mengurangkan keyakinan awam
kepada kerajaan.

"Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita
berkaitan pembaziran,berkaitan ambil hak rakyat,Jangan ambil
hak rakyat.Ia milik mereka.Ingat,bila kita laksanakan program-
program kita,ia hak rakyat.

"Jadi apabila ada pembaziran,org ramai akan kecewa dan hilang
keyakinan pada kamu,"kata Najib lagi.

Mengulas lanjut,Mahfuz berkata,para pegawai kerajaan dan
rakyat sedar yg hanya segelintir sahaja penjawat awam terlibat
dalam pengambilan rasuah.Tetapi mereka juga mempersoalkan
kenapa kes berfrofil tinggi yg melibatkan kepentingan individu
kuasa politik tiada sebarang tindakan.

"Sebaliknya Bahagian Operasi Khas (BOX) SPRM yang fokus
nya kes berfrofil tinggi di kecilkan dan pegawai-pegawai SPRM
pula di persalahkan sehingga menjadi mangsa pemerentah.

"Bagaikan ketam yg mengajar anaknya berjalan betul," sedang
kan yg memberi nasihat,dia sendiri tidak mengamalkan nasihat
nya," kata beliau lagi.

Pada masa yg sama,Mahfuz mempersoalkan mengapa Najib
selaku Presiden Umno tidak memberi ingatan kepada diri
sendiri dan ahli-ahli umno yang menjadi anggota pentadbiran
kerajaan tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak me-
ngambil hak rakyat.

"Semasa ucapan di Perhimpunan Agong umno yg lalu,kenapa
Najib tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli
umno,seperti Perdana Menteri,Tim.Perdana Menteri dan men-
teri-menteri tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak
mengambil hak rakyat," tambah Mahfuz.

Walaupun selepas baca kalimah Bismillah,daging yang haram umpamanya seperti BABI,masih tetap haram untuk dimakan oleh umat Islam.














=============================================
Walaupun selepas baca kalimah Bismillah,daging yang haram umpa
manya seperti BABI,masih tetap haram untuk di makan oleh umat
Islam kata Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Tetapi,katanya jika seseorang itu tahu makanan yang di hidang 
itu haram tetapi menjamahnya,maka perbuatan itu adalah salah
di sisi agama...Bagitu juga katanya,duit yang di curi masih adalah
duit haram dan tidak boleh di halalkan dengan menggunanya 
untuk ibadat.

"Kita semua maklum bahawa jika termakan makanan yg haram
bagi orang islam (Daging Babi umpamanya) maka kita tidak ber-
salah.

"Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana di hidang
selepas baca doa selamat atau bertahlil,"katanya dlm tulisan ter-
baru di blog.

Menurut M ahathir,sesuatu yang salah itu tetap salah dan tidak
boleh di halalkan,walau pun gulungan yg bergelar Mufti mahu
pun ulama.

"Apakah hanya di halalkan oleh org bergelar Mufti,maka haram
itu menjadi halal.Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji,
terima lah.

"Saya tak akan terima walau apa pun tohomah di lempar kepada
saya,"katanya....Walaupun tidak menyatakan sebarang nama.Dr.
Mahathir di percayaai merujuk kepada kenyataannya sebelum 
ini,Bahawa Jemaah Haji Tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji
mabrur,kerana menggunakan dana yg di curi oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,kata Mahathir Jemaah haji
di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang
haram drp dana yg di gunakan untuk menghantar mereka ke
Mekah.

"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi,itu macam
dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram,you makan
juga.Tapi kalau tak tahu,okeylah.Tapi sekarang kamu tahu duit
ini di curi,"katanya.

Mengulas lanjut,Mahathir berkata,hanya mereka yang bertu-
juan mombodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan,
wang yang di curi oleh kerajaan.

Kalau menyatakan,wang di curi tidak boleh biayaai Ibadat
Haji adalah percubaan menjadi tuhan.kenyataan itu merujuk
kekerdilan akal fikiran.

"Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yg salah,pencuri
berpangkat masih pencuri," jelasnya.

Sementara itu Utusan Online memetik Mufti Pahang Datuk Seri
Abdul Rahman Osman sebagai berkata,Mahathir tidak sepatut
nya memburuk-burukkan gulungan ulama termasuk Mufti dng
melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap mereka.Menurut
nya,beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan politik,apa
bila menyampaikan pandangan secara umum,yg dibuat berda-
sarkan fakta untuk di ketahui rakyat.Apa yang saya sampaikan
sebelum ini adalah untuk pengtahuan masyarakat umum dan
tidak menyerang peribadi sesiapa,termasuk Dr.Mahathir,saya
hanya sampaikan apa yg di nyataka Rasullullah saw.Saya tidak
kesah jika sesiapa pun termasuk Dr Mahathir hendak menye-
rang peribadi saya,tetapi janganlah menyentuh agama,kerana
memburuk-buruk kan ulama..samalah memburuk-buruk kan
agama katanya.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga kesal dan enggan
membuang masa melayan tuduhan Mahathir,sebaliknya mene-
gaskan terpulang kepada bekas Perdana Menteri itu dengan
pandangan nya,kalau beliau tidak mahu minta maaf dan ber-
pegang kepada pendirian nya,itu terpulanglah pada beliau,saya
tidak mahu campur lagi dalam isu ini,"katanya.