BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 16 January 2017

KU NAN AKAN DI SUMPAH,SERANAH?..















-------------------------------------------------------------------
Tengku Adnan Tengku Mansor akan di Sumpah,Seranah?...
Kerajaan akan melarang motosikal kecil atau "KAPCAI"memasuki
Kuala Lumpur,apabila rakyat terbanyak boleh mendapatkan pengang-
kutan awam pada harga berpatutan.

Menurut The Star,Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata,Kementerian juga mungkin akan melarang
kerita di pandu masuk ke Kotaraya memandangkan keadaan sesak
di Kuala Lumpur,terutamanya pada siang hari.

"Pada siang hari,populasi (di Kotaraya) bertambah menjadi sehingga
5 hingga 7 juta kerana pekerja berulang alik ketempat kerja.

Banyak bandar tidak benarkan "KAPCAI" masuk,tetapi kajian
menunjukan ramai orang bermotorsikal kerana kemiskinan atau tidak
mampu (menggunakan mod pengangkutan lain) sebab gaji kecil,"
lapor akhbar berbahasa  Inggris itu.

"Kita akan melihat kemungkinan melarang motor Kapcai masuk ke
Kotaraya,apabila pengangkutan awam yg murah boleh di dapati,"
katanya dan menambah keenderaan kecil seperti itu sering di guna
kan oleh peragut.

Beliau berkata demikian di Pelancaran Kempin Kibar Bendera
Wilayah Persekutuan semalam.

Di minta mengulas larangan keatas beg plastik dan bekas polisterina,
Tengku Adnan berkata kementerian membincangkan kemungkinan
menjadi pembekal barangan biorosot kepada para pengguna.

"Oleh kerana kita meminta org ramai  supaya menanggung kos
barangan biorosot,kita merancang untuk membeli (barangan biorost)
secara pukal untuk di jual kepada peniaga kerana kita tidak mahu
dasar kerajaan membebankan pengguna,"menurut laporan itu-Fmt.
 

0 comments: