BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 14 January 2017

UMNO HANYA TUNGGU MASA UNTUK DI TALKINKAN

SHAH ALAM:Umno hanya tunggu masa untuk di talkinkan.
Demikian ujar Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU),Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menurutnya,budaya politik dalam itu yang merosakan parti
rumpun Melayu itu.

"Sebenarnya umno sedang berada di hujung nyawa.Roh dan
jiwa perjuangan umno yang memberi nafas kepada parti itu
telah lama berkubur.

"Yang ada hanyalah jasad umno yang layu,lemah dan longlai.
Umno tak akan pulih lagi dari sakitnya yang tenat.Hanya tung-
gu masa untuk di talkinkan sahaja,"katanya ketika berucap pada
Majlis Pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
di Stadium Melawati di sini hari ini.

Berbeza dengan umno,menurutnya lagi,perjuangan Bersatu adalah
bukan untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baru
untuk orang Melayu,masyarakat peribumi dan rakyat Malaysia.
Jelasnya,Bersatu memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan
ekonomi.

"Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan
saksama tanpa mengira kaum dan agama serta mendukung prinsip
bahawa setiap rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yg
berkualiti dan sempurna.

"Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti,
tetapi matlamat perjuangan yg termaktub secara jelas di  dalam
Perlembagaan.Jadi selagi Bersatu wujud,ini lah yang menjadi
landasan perjuangan parti kita," katanya lagi.

Katanya,Bersatu juga bukanlah serpihan mana-mana parti,dan
perasmian parti itu satu permulaan dan perjalanan masih jauh.

"Masih banyak ranjau,duri dan liku yang mesti kita tempuh,akan
ada ribut,taufan,ombak dan gelombang besar yang perlu kita
redah.

"Tak kurang juga fitnah dan adu dumba yang cuba memecah
kan kesatuan kita.Yang irihati dengan pencapaian kita,"  kata
nya.

0 comments: