BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 13 January 2017

Jangan Mangsakan Sekolah Agama Untuk Kepentingan Politik...






















=============================================
Islam tidak pernah anti bahasa dan bangsa kerana semua nya
anugerah Allah kepada kita semua,Malah Islam menggalakan
belajar bahasa lain.Sebagaimana Sabda Rasullullah saw,bermaksud,
"Belajarlah bahasa asing nescaya kamu aman dari tipu daya."Tidak
ada sejarah pemerentahan islam yg menutup sekolah bahasa asing.
Ini menunjukan walaupun islam tidak ada negara,namun ia masih
ada penghayatan islam di dalam diri umat islam.

Kita mengharapkan supaya Timbalan Presiden Gerakan,Datuk Dr
Dominic Lau Hoe Chai menarik balik kenyataan beliau yang menga-
takan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara
ini dan bukan nya sekolah vernakular.Satu kenyataan yang biadap
dan tidak memahami sejarah pembinaan negara.

Kalau atas alasan ada pelajar keluaran sekolah agama ekstremis,
maka kita juga boleh beri alasan pelajar sekolah vernakular,sekolah
aliran inggris,aliran kebangsaan juga ada melahirkan golongan
ekstremis.Apakah kita mahu cadang supaya sekolah ini juga dihapus
kan? Tentu tidak.Ini adalah kes terpencil.

Sama seperti pandangan Dr.Dominic yg di anggap tidak menjaga
sensiviti majoriti umat islam,apakah kita hendak menghukum kese-
luruhan ahli parti Gerakan yang lain.Saya yakin masih ramai orang
yang rasinol di dalam parti Gerakan.

PAS berpegang kepada konsep demokrasi di dalam pendidikan,
asalkan ia menepati dengan pembinaan  tamadun bangsa dan
negara,maka ia di benarkan beroperasi didalam negara kita.

Dr.Dominic sendiri boleh hantar anak kesekolah agama,atau beliau
sendiri pun boleh belajar.Tidak ada larangan untuk beliau belajar
di sekolah agama.Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah mene-
rima pelajar bukan islam untuk belajar di sana,Pas tidak paksa
mereka.

Sejah mutakhir ini menjadi trend parti bukan islam untuk memburuk
kan islam bagi mendapat sokongan politik.Sebelum nya isu 355
untuk memperkasa bidang kuasa mahkamah Syariah,tetapi di gambar
kan dengan sudut nagatif.Ini sikap yang tidak baik menganggu kehar-
monian kaum yang telah di bina sejak negara merdeka.Jangan rosak
kan perpaduan ini semata-mata untuk keuntungan yg tidak seberapa
tetapi memusnahkan sebuah negara.

Carilah modal lain,jangan mangsakan islam.Perlu di ingat,Agama
cukup sensitif dalam kalangan orang islam.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS/Ahli Parliman Bukit Gantang
13/1/2017.
PAS berpegang kepada konsep dimokrasi di dalam pendidikan,

0 comments: