BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 10 January 2017

IKUT APA PM CAKAP,BUKAN APA DI BUAT...














-------------------------------------------------------------------
"Ikut apa PM.Cakap,Bukan apa di buat".......................................
Ahli Parlemen Pokok Sena,Datuk Mahfuz Omar menyindir
ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhim-
punan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang mengingatkan pen-
jawat awam supaya tidak mengambil hak rakyat.

"Saya percaya pesanan dan nasihat PM Najib agar Pegawai Kera-
jaan jangan ambil hak rakyat menunjukkan beliau sekadar mahu
merujuk kan kepada rakyat yang pegawai-pegawai kerajaan  lah
yang menjadi punca segala masaalah gejala rasuah dan ketirisan
perbelanjaan wang negara.

"Pegawai kerajaan,jangan ambil hak rakyat dan jangan amal kan
rasuah,walau pun PM boleh terima kalau rakyat sudi derma,"
sindir Mahfuz yg mengaitkan ucapan itu dengan skandal 1MDB.

Semalam,Najib di laporkan berkata,beberapa siri pendakwaan
terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dlm
kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.

Jelas Najib,kes-kes demikian yg di tangani Suruhanjaya Pen-
cegahan Rasuah (SPRM) boleh mengurangkan keyakinan awam
kepada kerajaan.

"Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita
berkaitan pembaziran,berkaitan ambil hak rakyat,Jangan ambil
hak rakyat.Ia milik mereka.Ingat,bila kita laksanakan program-
program kita,ia hak rakyat.

"Jadi apabila ada pembaziran,org ramai akan kecewa dan hilang
keyakinan pada kamu,"kata Najib lagi.

Mengulas lanjut,Mahfuz berkata,para pegawai kerajaan dan
rakyat sedar yg hanya segelintir sahaja penjawat awam terlibat
dalam pengambilan rasuah.Tetapi mereka juga mempersoalkan
kenapa kes berfrofil tinggi yg melibatkan kepentingan individu
kuasa politik tiada sebarang tindakan.

"Sebaliknya Bahagian Operasi Khas (BOX) SPRM yang fokus
nya kes berfrofil tinggi di kecilkan dan pegawai-pegawai SPRM
pula di persalahkan sehingga menjadi mangsa pemerentah.

"Bagaikan ketam yg mengajar anaknya berjalan betul," sedang
kan yg memberi nasihat,dia sendiri tidak mengamalkan nasihat
nya," kata beliau lagi.

Pada masa yg sama,Mahfuz mempersoalkan mengapa Najib
selaku Presiden Umno tidak memberi ingatan kepada diri
sendiri dan ahli-ahli umno yang menjadi anggota pentadbiran
kerajaan tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak me-
ngambil hak rakyat.

"Semasa ucapan di Perhimpunan Agong umno yg lalu,kenapa
Najib tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli
umno,seperti Perdana Menteri,Tim.Perdana Menteri dan men-
teri-menteri tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak
mengambil hak rakyat," tambah Mahfuz.

0 comments: