BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 27 January 2017

HADI:DAP tidak,BERSATU mungkin...






















---------------------------------------------------------------------------
PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk
Pilihanraya Umum depan,tetapi masih terbuka terhadap seba-
rang kemungkinan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU).

Priseden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP
telah menunjukan "Belang Sebenar" kepada umat Islam  di-
Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri
itu, lapor New Straits Times.

Katanya,agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan
hanya untuk menang pilihanraya tetapi juga membawa peru-
bahan dalam masyarakat.

Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyam-
paikan kuliah Jumaat di Masjid Rosila Marang Terengganu
hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Ketua Anggota Parlemen
DAP Lim Kit Siang yg kini bertukar fikiran dan sedia kem-
bali bekerjasama dengan PAS bagi "menyelamatkan" Malay-
sia daripada menjadi sebahagian daripada negara Kaleptok-
rasi global.

Hadi berkata PAS berpendirian begitu kerana DAP masih
menolak islam dan pembentukan kerajaan islam sentiasa men-
jadi teras perjuangan PAS.

Berkenaan BERSATU pula,pintu rundingan masih terbuka,
walau pun Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
tempoh untuk PAS berbincang sudah berakhir."Kita boleh
bincang,ini negara demokratik,"kata Hadi.

Muhyiddin Jumpa Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sementara itu,dalam perkembangan lain Presiden BERSATU
Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berjumpa Menteri Besar
Kelantan Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota
Bahru.Dalam pertemuan dua jam itu,mereka turut membin-
cangkan kerjasama bagi menghadapi pilihanraya Umum
akan datang lapor Harakahdaily.

"Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi pilihanraya
umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,"beliau di petik se-
bagai berkata.

Selain itu Muhyiddin turut memberi tahu bahawa akan
mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS
februari nanti," Bagi membentuk kerjasama yang lebih
erat."

Jelasnya lagi,pertemuan yang bakal berlangsung itu
sebagai susulan untuk membincangkan draf kerjasama
yg telah  di kemukakan sebelum ini.

Harakahdaily juga melaporkan,daripada pertemuan itu
Muhyiddin mendapati Ahmad,tim.musyidul am PAS
begitu ikhlas terhadap apa yang di bincangkan.Sempena
pertemuan itu juga Muhyiddin turut memaklumkan akan
menyerahkan 24 buah rumah kepada mangsa banjir 2014
di Kuala Krai hari ini.


0 comments: