BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 24 January 2017

PAS Tak Sombong,Hanya Kerjasama Bersyarat


















                         NAZRI AHMAD,KETUA PENERANGAN PAS PAHANG
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Rompin-PAS Pahang menyifatkan kenyataan Penesihat
DAP, Lim Kit Siang yang menzahirkan keinginan nya untuk bekerja
sama dengan Pas sebelum ini sebagai muslihat demi kelangsungan
politik parti itu.

Ketua Penerangan Pas Pahang,Nazri Ahmad,berkata,Pas bukan
sombong atau tidak mahu menyambut salam kerjasama itu,tetapi
dengan syarat ia itu tidak boleh mengganggu dasar perjuangan parti
Islam itu.

Menurutnya,masih ingat ketika menjelang PRN Serawak yg lalu,
DAP menjadikan Pas sebagai "Punching Bag" dengan menghentam
parti dan hudud yang di perjuangkan hanya demi meraih undi rakyat
Serawak.

"Kini menjelang PRU 14, DAP sekali lagi konon nya ingin meng-
hulurkan salam perdamaian dengan Pas demi mendapatkan semula
undi dan sokongan Melayu kepada calon-calon mereka.

"Secara tak langsung,kita dapat lihat ia (DAP) merupakan sebuah
parti yang mengamalkan politik "matlamat menghalalkan cara"  demi
survival politik mereka," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau juga merupakan Yang Di Pertua Pas Kawasan Rompin itu
turut menempelak segelintir di kalangan masyarakat Melayu yang
sanggup bertegang leher,bermandi peluh mempertahankan tindakan
DAP yang penuh muslihat itu.

Beliau turut menegaskan,bahawa syarat yg di letak kan oleh
Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat mudah ia itu
parti boleh bekerjasama dengan sesiapa saja namun dengan syarat
jangan ganggu prinsip perjuangan Pas dan menghalang usaha memerta-
batkan Islam.

Terdahulu Ahli Parlimen Gelang Patah,Lim Kit Siang menyatakan ke-
sediaannya untuk berbaik semula dengan Pas apabila ingin berjumpa
dengan Presiden Parti Islam itu,Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi
tujuan sama.

Beliau berkata,kerjasama itu boleh di rialisasikan sekiranya Abdul
Hadi sedia memberi komitmen untuk menyelamat kan Malaysia dari-
pada menjadi  Kleptokrasi dunia 

 

0 comments: