BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 11 January 2017

SIAPAKAH SEBENARNYA,YANG GILA?

Menteri Pelancungan dan Kebudayaan menyifatkan
Tun Mahathir "GILA" kerana mendakwa tanah yang di-
jual kepada warga asing akhirnya akan menjadikan
Malaysia negara asing kerana katanya tanah itu tidak
boleh di bawa balik ke negara asal mereka.

Siapa sebenarnya yang Gila?

Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa
buah kedai di bandar Malaya dan tidak membawa kedai
nya balik ke China,tetapi akhirnya menjadikan semua bandar
bandar di Malaya dan Malaysia sebagai pekan China.

Kerajaan British dan seterusnya kerajaan Malaya dan Malaysia
mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak
boleh menjual tanah dengan sewinang-winang kepada orang
asing dan bagi mengekalkan pemilikan Melayu dan penempatan
Melayu.

Jika libralisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tengku
dan Tun Razak dan mahukan orang Melayu berada di bandar-
bandar untuk membolehkan orang Melayu menyaingi org China
maka Tun Razak telah menginisiatifkan penubuhan UDA untuk
membina kedai-kedai atau tapak perniagaan bagi org Melayu.

Tun Mahathir menerusi PNB telah berjaya merampas semula se-
luas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit yang di-
miliki oleh British (GUTHRIE) menerusi serangan waktu Subuh
di London Stock Exhchange pada 7 september.1981.

Maka itu sudahlah sampai bagi memenuhi nafsu libralisme dan
Globelesme Najib dan Nazri,kita hapuskan tanah Simpanan
Melayu,kerana tanah-tanah itu menurut peguam umno yang
tidak gila atau pun tidak tiga suku Nazri Aziz tidak akan boleh
di bawa balik ke negara China.

Malaysia boleh jadi negara China tanpa orang China membawa
balik tanah negara ini ke negara China.
Hidup Nazri!,Hidup Najib!,Hidup Umno!!!....



0 comments: