BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 9 March 2018

BABI:MASJID BELANJA RM.34000 'RELA MAKAN BABI' PROF DR.RIDHUAN TEE.

Kuala Lumpur; Penceramah terkenal Prof Dr.Ridhuan Tee
Abdullah menegur pengurusan masjid yang segera menukar
permaidani hanya kerana ia di masuki Babi Hutan dua hari lalu.

Baginya,tindakan itu tidak menunjukan islam sebagai agama
yang mudah sebaliknya sebagai agama yang menyusahkan penga-
nutnya.

Saya merasa amat pelik dengan cara kita memahami islam,agama
begitu luas menjadi begitu sempit.Babi di lihat sebagai bukan 
makhluk ciptaan Allah,bayangkan apabila orang bukan Islam mem-
baca berita itu,pasti mereka berkata,susah sungguh islam ini.Pada
hal ia adalah agama yang mudah,katanya ketika di hubungi Malay-
siakini.

Beliau juga Pensyarah Uneversiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA)
mengulas kejadian seekor Babi Hutan yang masuk ke Masjid
Sungai Pelong di Sungai Buluh ketika ramai jemaad berada di-da-
lam nya.

Ekoran itu pentadbiran masjid melupuskan permadani lama dan
menggantikan dengan baru yang menelan belanja RM.34 Ribu.

Ridhuan berkata,ada kaedah yang lebih mudah bagi menyucikan
najis babi dan malah boleh merujuk kepada mazhab lain.

Mufti Perlis Datuk Asri Zainal Abidin dalam kenyataan dalam
Facebook juga berkata dalam isu najis babi pandangan mejoriti
ulama lebih kuat dan memudahkan berbanding mazhab Shafii.

Sementara mazhab Shafii mewajibkan kesan babi di basuh dengan
enam kali air biasa dan sekali dengan air tanah,Asri berkata,mejo-
riti ulama berpendapat memadai kesan babi di basuh sehingga meng-
hilangkan kesan nya,tanpa memerlukan tanah.

"Lebih baik jika jumlah itu di gunakan untuk menderma kepada
Syria dan Plastin,atau mereka yang lebih memerlukan,termasuk di-
kalangan orang bukan islam." Tidakkah ia lebih memberi kebaik
kan dakwah?,soal Ridhuan.

Rasuah lebih Jijik.

Kejadian itu,kata Ridhuan lagi,menunjukan masaalah segelintir
umat islam dalam soal meletakkan keutamaan.

Sebagai contoh,beliau membandingkan status haram bagi babi
dan kesalahan rasuah yang baginya jauh lebih memudarat  kan.

"Kenapa sanggup berhabis sebanyak RM.34 ribu kerana ha nya
seekor babi?,permaidani itu pula masih boleh di gunakan

"Haramnya babi itu tidak seberat haramnya rasuah,jika terpaksa
memilih antara babi dan rasuah,saya lebih rela makan 'Babi'"
katanya.













                                                                     

0 comments: