BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 4 March 2018

MCA BOIKOT NAZRI AZIZ

Majlis Rumah terbuka
sempena Tahun Bahru
Cina yg di anjurkan
anggota Majlis Tertinggi
Umno Dato Seri Mohamad
Nazri Aziz menerima sam-
butan baik daripada Masya-
rakat Cina.

Menurut laporan Nanyang
Siang Pau,kira-kira  1,000
hadir di rumah terbuka di-
kawasan Parlemen Padang Rengas pada Jumaat lalu, walau
pun MCA memboikot majlis itu.

Pemimpin MCA setempat yg mengumumkan Boikot terhadap
Nazri ternyata tidak hadir pada majlis itu,menurut laporan ber-
kenaan.

Bagaimana pun akhbar itu melaporkan pemimpin Gerakan
tempatan hadir pada acara tersebut.

Nazri dan pemimpin MCA sejak beberapa hari lalu saling
bertikam lidah berhubung isu membabitkan jutawan Malaysia
Tan Sri Robert Kuok.

Ketika majlis malam tadi,Nazri tidak menyebut mengenai
komplek dengan MCA sebaliknya memberi tumpuan kepada
sumbangan beliau kepada masyarakat setempat.Beliau secara
berseloroh menyatakan setiap kali kembali kekawasan nya
ramai "aunties"akan melawatnya untuk minum teh.

Nadzri menegaskan,sebagai anggota Parlemen,beliau menjaga
semua orang tanpa mengira agama kaum atau politik.

Dalam majlis itu,Nazri menyerahkan kira-kira 200 paket
angpau kepada warga tua.

Perang mulut antara Nazri dan pemimpin MCA bermula ketika
menteri itu menggelar Kuok sebagai Pondan dan mencabarnya
melepaskan kewarganegaraan Malaysia.Ini berikutan Dakwaan
Bloger Raja Petra Kamaruddin yang menuduh jutawan itu mem-
berikan dana kepada DAP untuk menjatuhkan Kerajaan Malay-
sia.

Kuok menapikan dakwaan Raja Petra dan mengatakan dia berhak
untuk mengambil tgindakan undang-undang terhadap penulis itu.

Nazri kemudian berkata,beliau gumbira dengan penjelasan Kuok,
tetapi tidak akan meminta maaf terhadapnya.

MCA Boikot Nazri Aziz,MCA terus mendesak Nazri memohon
maaf,menyebabkan perang mulut antara kedua-dua pihak  ber-
larutan.

0 comments: