BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 2 March 2018

SEPETANG DI WARONG KOPI PAK LONG...

    Macam mana Umno boleh
perentah negara,sampai gitu
lama???.

Gitulee yang selalu kita dengar
di warong-warong kopi,lebih le-
bih lagi demam pilihanraya dah
menolar seloroh negara  hingga
sampai kekampung-kampung
di pendalaman.

Penoreh getah,Nelayan,Petani
Pak-Pak Aji,Lebai bersembang
berbual di warong kapi bertanya sesama sendiri,masing-masing
berasa heran n ajaib,apa rahsianya atau apa resepinya mereka
dapat mengekalkan kuasa memerentah Malaysia sejak merdeka
hingga ke leenie? yang turut berasa heran Mat Kulat dan rakan
rakan nya tukang panjat pokok ambil upah memasang bendera
pacak bendera Umni/Bn tiap kali pilihanraya.

Al-Maklum lee, orang kampung,di warong,kedai kopi lee tem-
pat mereka sembang,berbincang setelah penat bekerja,kedai
kopi ini lee seolah-olah meja bulat tempat luahan sembang me-
reka nie menyentuh pelbagai topek,kisah rumah tangga,bab
mencari rezeki,kisah politik dll boleh kita dengar.

Di satu petang selepas asar di warong kopi Pak Long disebelah
masjid banyak pak lebai,pak aji berlabun,bersembang di situ,ter-
masuk aku,tapi aku tak ambil bahagian,cuma menjadi pende-
ngar aje

Tengah rancak pak aji-lebai bersembang,tetiba masuk Haji
Dollah,dia terus memesan secawan Kopi "0",Haji Dollah nie
seorang yg di hormati di kampung tuu,kerana budi pekerti baik,
ilmunya,luas pandangan nya,lebih-lebih lagi beliau bekas imam
kampung tuu.

Haji Dollah bertanya,apa yang rancak bebenor mika bincang nie?
Jawab Lebai Saad,takdak apa Aji,cuma kami rasa hairan,kenapa
Umno boleh begitu lama memerentah negara?

Ooo !!!, mika sembang politik ya! Pak Aji Dollah membetulkan
kedudukan nya sambil menghirup kopi 0 panas lalu berkata,aku
nie dedulu OKU,oku ni bukan orang kurang upaya,tapi oku disini
Orang Kuat Umno,pernah menyertai Pemuda Tahan Lasak,tapi
leenie lepas umno kebus (diharamkan) pada 4Feb.1988 aku pun
caulee,aku dah nampak banyak kudis,puru,panau kat umno,lee
nie aku tak masuk mana-mana parti lagi.

Tapi aku ada sedikit pengelaman,aku masuk pilihanraya sejak
pertama kali tahun 1955 lagi,udah 13 kali,nie PRU 14 nie kalu
ada umor Insya Allah aku sertai.

Mika heran ya?kenapa umno boleh perentah negara gitu lama?
umno nie cukup bijak,licik,bijak menipu melayu bangsanya sen-
diri,maaf ya,aku menyebut umno nie terpaksa,kerana demo lee
dok perentah negara.Mereka nie asyik dok meratah harta negara
membore perut,anak pinak,kroni keluarga,mereka zalim,zalim
tuu mengikut Islam,bukan saja bunuh orang,ia meletak kan satu-
satu benda tuu bukan pada tempatnya,zalim lee tuu,termasuk
diri kita sendiri.

Umno nie dah tahu kelemahan orang melayu,taat membuta tuli
boleh di kelentong di ugut,leenie bila dah hampir pilihanraya
MODOS OPERANDI  mereka menakutkan orang melayu,katanya
kalau umno kalah pru nie,abih lee org melayu,cina memerentah,
agama islam,ekonomi melayu hak hak melayu abih,ini yang mena-
kutkan orang melayu,terutama di kampung-kampung di penda-
laman.

Maklum lee,orang melayu di didik dengan ketakutan,hantu,polong
hantu raya pelesit,toyol dan pelbagai hantu,orang melayu dedulu
kalau anak anak bermain melambung kain waktu senja,di larang
nya,Oooi,Awang,mek,jangan dok lambung kain tu,nanti rimau
masuk kampung,pada takut kain tuu jatuh ketanah,nanti kena Tahi
ayam,kerana kain tuu hanya selei tuu aje,kepada anak dara di la-
rang menyanyi waku di dapur memasak,nanti dapat laki tua,pada
hal takut masakan tuu jadi hangit,asyik menyanyi aje,banyak lagi
pantang larang org melayu,padahal disebalik tegahan itu ada jua
kebaikan nya.

Lagi satu hari nie,kamu boleh lihat,tengok dengan mata kepala
sendiri,menjelang PRU umno gunakan pelbagai umpan,membuat
janji menabur dedak,orang melayu makan dedak hingga tercekik,
makanlee umpan tuu,kerana tuu duit kita yang membayar cukai
termasuk GST dll,tapi ingat ! kenalee jadi ikan cerdek,makan ja-
ngan gelojoh,jangan telan mata kailnya sekali,jangan jadi ikan
pedukang gelojoh,telan sekali mata kailnya.

Umno menggunakan seloroh agensi kerajaan SPR,persempada-
nan semula kawasan pilihanraya,kumpul sumber kekayaan,kawal
sumber maklumat,biar musuh menyalak hingga letih,baru merek
menerkam,paksa ahli taat setia,kehakiman,jbt peguam negara,polis
dan lain-lain,sebab tuu mereka boleh berkuasa gitu lama.

Tapi takpe!!! orang melayu yg semacam nie,dah tak banyak dah,
dah kebus (mati) yg ada sikit-sikit hanya di saloran 1 aje,orang-
orang muda dah takmoh dah ereka nie.

Alhamdulillah,Apa yang dikatakan Hj.Dollah tuu aku nampak
mereka cukup ceria dan mengangguk bermakna diterima oleh
mereka,kira-kira 15 orang di warong kopi Pak Long tuu.


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum,sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri"
Ar-Ra'd 11,





0 comments: