BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 11 March 2018

KERAJAAN AKAN AMBIL TINDAKAN SIAR BERITA PALSU IMDB.
















==============================================
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi amaran akan
mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus menyi-
arkan berita palsu terutamanya berkaitan I Malaysia  Development
Berhad (IMDB) sehingga menimbulkan fitnah.

Timbalan Menterinya,Datuk Seri Jailani Johari berkata sehubungan
itu,kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-
media Malaysia (SKMM) kini sedang memantau perkara berkenaan.

"Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu
dalam negara,kita dapati beberapa isu turut di semarakkan oleh
sumber-sumber dari luar negara.

"Terbaru,dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)
kementerian telah mengenal pasti beberapa portal berita dalam ta-
lian yang telah menyemarakkan kembali isu IMDB, susulan ram-
pasan sebuah kapal layar mewah oleh pihak berkuasa negara  te-
tangga," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan
Program Negaraku:Menghubung,Menyatu (CTU) peringkat negeri
di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda dekat Sik Kedah hari
ini.

sumber:Bernama.

0 comments: