BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 11 March 2018

TANPA KAMU,KAMI TEWAS-AZEEZ MERAYU SOKONGAN GURU.















===============================================

Himpunan guru-guru kerana Pilihanraya,attas nama perjumpaan
Profesionalisme Menteri Pendidikan Malaysia bersama warga
Pendidik Daerah Baling.

Peluang untuk ahli Parlemen untuk buat rayuan.Itu lah yang dilaku
kan ahli Parlemen Baling merayu sokongan guru untuk  memasti
kan kemenangan BN dan dirinya di Baling pada PRU kali ini.

Menurut Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,sokongan guru
menentukan kepimpinan negara kerana 25 ratus sokongan Chegu-
Chegu sumbangkan kemenangan.

"Saya merayu sokongan guru-guru.Tanpa kamu,saya  berani
jamin kami akan tewas," katanya di perhimpunan di dewan 
Maktab Rendah Sain Mara (MRSM) Baling semalam.

Abdul Azeez berkata,undian guru pada PRU kali ini juga penentu
kepada masa depan warga pelajar.

"Saya merayu..saya merayu demi masa depan anak-anak,pastikan
masa depan hala tuju mereka terjamin.

"Mereka tidak berdosa Chegu.Saya minta janganlah kita terpedaya
terpesona dengan hasutan pelbagai pihak," katanya di petik Sinar
Harian.

0 comments: