BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 21 March 2018

UMNO MAKIN BERTELAGAH.
















Berikutan tergantungnya kain rentang,di antaranya bertulis
#Tolak Johari Ghani,Kelab Aku Budak Chow Kit  [KABCK]
berkata,pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada ia meru-
pakan anggota kelab nya atau tidak.

Ini kerana Pengerusi kelab tersebut Ahmad Ayub Ramli berkata
KBCK mempunyai anggota di sekitar Kuala Lumpur dan beliau
tidak dapat memastikan sama ada perbuatan berkenaan di laku
kan ahlinya.

Bagaimanapun Ahmad mengaku,beliau tidak menyukai anggota
Parlemen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani kerana di-
dakwa sering memberikan alasan untuk tidak menghadiri program
anjuran kelab berkenaan.

Namun,katanya ia tidak bermakna beliau mengarahkan anggota
nya melakukan perkara sedemikian.

"Nak kata ya [sama ada menggantung kain rentang anti Johari]
tak boleh,nak kata tidak pun tak boleh,sebab ahli kita merata-rata
di Kuala Lumpur".

"Saya memang tak suka Datuk Jo [Johari] sebab dia dah hampa
kan pengundi-pengundi di Titiwangsa,ahli kelab kita ni semua
pengundi-pengundi dia di Titiwangsa."

"Setiap majlis yang kita anjurkan satu pun dia tidak hadir,tapi
majlis yang di anjurkan orang asing dia datang.Dia lebihkan
masyarakat asing dari pengundi dia."

"Kita dah terbuku lama dengan sikap pemimpin yang bongkak,
sombong dan rasa steady dengan jawatan dia," kata nya  pada
Malaysiakini.

Nama KABCK muncul ekoran kelab itu secara terbuka meng-
kritik Johari dan menyatakan sokongan terhadap kain rentang
anti Johari di Facebook.

Salah satu gambar memaparkan wajah Johari,di pangkah,
menakala satu lagi gambar menampilkan kira-kira 20 orang
belia memakai baju kemeja T dengan masej 'Asalkan bukan
Joe Ghani #ABJ.

Kain rentang berkenaan di percayaai di gantung di sekitar
kawasan Chow Kit dan Keramat.Ekoran itu Menteri Kewa-
ngan Kedua itu mendakwa,beliau di sabotaj anggota partinya
sendiri,seperti di laporkan mk.

"Terdapat seseorang di Bahagian Umno,saya berminat menjadi
calon di Titiwangsa dan mulakan kempin memburuk-buruk kan
wibawa saya."kata Johari merangkap Ketua Umno Bhg Titiwangsa
itu tanpa menamakan org tersebut."Apa pun saya tiada masaalah
dengan hal ini,kerana pengundi di Titiwangsa yang akan memu-
tuskannya,"kata Johari lagi.

PRU 2013,Johari hanya menang dengan mejoriti tipis ia itu se
banyak 886 undi.Pada PRU 14 ini,beliau di jangka di cabar Tim-
balan Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Bersatu Wan Saiful Wan
Jan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh-mk.                                                   
  

0 comments: