BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 21 March 2018

DI SINDIR "MANA HUDUD" DALAM MANIFESTO,INI JAWAPAN PAS.




















-------------------------------------------------------------------------------

Shah Alam:Ahli Parlemen Pasir Mas,Nik Mohamad Abdoh Nik
Abdul Aziz menyifatkan pengkeritik manifesto Gagasan Sejahtera
[Gagasan] sebagai berotak sempit.

Beliau yang juga merupakan pemimpin kanan PAS menegaskan
Manifesto yang baharu di lancarkan gabungan parti itu baru  baru
ini,cukup 'Rencah' Islam dan sempurna.

"Apabila Gagasan melancarkan manifesto Malaysia Sejahteranya
[peringkat pertama],kamu [baca Amanah] segera melancang,mana
hudud?,Pas bohong,penunggang ugama!.

"Fahamilah manifesto itu dengan teliti,kamu akan temui semua se-
kali daripada ajaran Islam.Islam yang sempurna,menyeloroh  dan
bersifat sejahtera dan sederhana", katanya dalam satu perkongsian
di Facebooknya,hari ini.

PAS yang menerajui Gagasan Sejahtera [Berjasa,Ikatan] pada Ahad
lalu melancarkan Manifesto mereka di Cyberjaya.

Namun selepas di lancarkan,beberapa pihak kemudian menimbul
kan persoalan mengenai kedudukan hudud di dalam manifesto
mereka.

Antara pihak yang membangkitkan ia lah Pengarah Syariah Amanah
Zolkharnin Abidin berkata,tiada kenyataan khusus berkaitan perlak-
sanaan Syariah Khusus hukum hudud dalam tawaran gagasan sejah-
tera.

Mengulas lanjut,Ahli Parlemen Pasir Mas itu menegaskan 'semuanya
ada dalam manifesto mereka'.

"Akidah yang benar,Ibadah yang sahih,Ikhlak yang luhur,undang-
undang Islam yang adil,pemerentah yang bersih berintegriti   dan
kehidupan rakyat yang makmur sejahtera.

"Manifesto Malaysia Sejahtera adalah manifestasi sebahgian gaga-
san islam sempurna yang di tawarkan oleh PAS demi Malaysia yg
lebih baik selepas PRU 14 nanti," katanya.

Katanya lagi,malang akal sempit tempurung otak.Tempurung untuk
otak,bukan untuk akal,akal biarlah luas seluas islam.

"Berpuluh tahun Pas berjuang menerang dan menerangi,anda masih
di kelas peralihan,tidak naik-naik.Lebih tak menahan," Amanah
terus jatuh kelas.

"Daripada faham bertahun-tahun tiba-tiba jadi tak faham.Gejala
DAP apakah ini?.Islam haru, guru menggaru?"sinisnya.

0 comments: