BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 23 March 2018

TOLAK PEMIMPIN RASUAH BUKAN RETORIK















=============================================

TAHNIAH  Tan Sri Rafidah Aziz,bekas menteri kabinet merayu
rakyat supaya tidak mengundi pemimpin politik korup.PAS sokong
120 peratus.PAS tidak kompromi masaalah rasuah sama ada di da-
lam parti atau di luar parti.

Kenyataan Datok Paul Low,menteri di Jabatan Perdana Menteri,
mengatakan bahawa 71 pemimpin BN dan 21 pemimpin PH,mena-
kala pemimpin PAS sifar siasatan kesalahan dalam tempuh 2013-
2017,Alhamdulillah.

CPI negara semakin merosot,kita di kejutkan dengan berita kedu-
dukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot,dan berkongsi
kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba, menurut laporan
indeks Persepsi Rasuah 2017 yang di keluarkan oleh Transparmacy
Internasional,kedudukan Malaysia juga merosot daripada tangga 55
kepada 62 daripada 180 buah negara.

PAS menentang rasuah bukan kerana marah kepada peribadi,
Marah gejala rasuah,bukan kerana dedak tidak cukup,marah kepada
rasuah bukan kerana sudah tidak ada kuasa,walaupun sewaktu kita
ada kuasa dua kali lima,lima kali dua sahaja.Marah kepada rasuah
bukan hanya retorek semata-mata,kerana akhirnya diri juga ter-
palit dengan rasuah.

PAS menentang rasuah kerana di larang oleh Allah SWT.Sebagai
mana Sabda Rasullullah SAW bermaksud,"Pemberi rasuah dan
penerima rasuah ada di dalam Neraka".PAS Istiqamah menen-
tang rasuah.

PAS juga menentang politik kronisme,koruption,nepotisme, [KNN]
istilah yang cukup pepular sewaktu zaman repormasi 1988. Cuma
sekarang menjadi bahan sejarah sahaja.PAS juga menentang klep-
tokrasi.Semua ini memusnahkan negara dan rakyat.

PAS menyeru rakyat kepada politik untuk mengubah negara yang
lebih sejahtera dan buang pemimpin rasuah.Jenayah rasuah ini amat
merbahaya kepada negara dan rakyat.Selain menyebabkan ketirisan
dan pembaziran wang negara,turut mempengaruhi imej negara da-
lam ekosistem perdagangan dan politik antarabangsa.


Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden Pas.

0 comments: