BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 August 2016

Berita Mengejutkan,Buat Umat Islam Berang.....







 







----------------------------------------------------------------------------
BERITA MENGEJUTKAN-BUAT UMAT ISLAM BERANG...

PAS dan PERKASA  semalam mengecam penganjur sebuah
Anugerah Tahunan pada Ahad lalu menamakan Mufti Perak
Tan Sri Harussani Zakaria "pemenang"katigori "Hina Intelek"
atas kenyataan nya mewajibkan isteri sentiasa akur dengan sua-
mi dalam melaku kan hubungan seks.

Dewan Pemuda Pas Perak berkata,kumpulan bertindak bersama
bagi kesaksamaan Gendar [JAG] dan Inisiatif Kesaksamaan
Gendar [JEI] yang menganjurkan "Anugerah Aiyo Way Lah "
setiap tahun itu menunjukan mereka biadap dan Jahil,dan menun-
tut tindakan daripada kerajaan keatas apa yang di namakan nya
golongan "Songsang".

Seraangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada
umat Islam di Malaysia,khususnys di Perak,"kata ketuanya Mohd
Akmal Kamaruddin.

"Hujah yang di keluarkan dalam isu tiada Konsep Rogol dalam
perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal Munakahat berlan-
daskan syarak," kata Akmal.

"Aiyo Wai Lah" di adakan bagi memastikan Pegawai  Awam
bertanggungjawab keatas kenyataan atau tuduhan mereka, dan
"pemenang"kerap dinamakan atas kenyataan di anggap seksis atau
tidak masuk akal yang di ucapkan sepanjang tahun.

Harussani di namakan atas kenyataan nya pada April 2015, yang
mewajibkan isteri bersetuju mengadakan hubungan seks dengan
suami walaupun "mereka menunggang di belakang unta,"memetik
apa yang di dakwanya sepotong hadis.

Ia di percayaai ekoran kontroversi kis rogol yang di lakukan suami
keatas isteri.

Turut dinamakan dalam "Anugerah" ialah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia [Jakim] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nnacy Shukri
dan Jabatan Agama Islam Selangor [Jais].

Dalam responnya semalam,Harussani mempertahankan kenyataan
nya,sambil membidas penganjur sebagai "JAHIL MURAKKAB"
[BERGANDA-GANDA].

"Saya bercakap dari segi hukum syarak,hukum mereka pul Pelik,
Suami suruh isteri,Isteri tidak setuju,buat apa.Apa makna Kahwin.
Itu lagi tak masuk akal.GILA punya pendapat," kata Harussani
kepada FMT semalam.

Sementara itu Pengurusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa,Dr.Amini
Amir Abdullah,berkata Majlis Anugerah itu tidak menghormati
Institusi Ulama dan Islam di Malaysia.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa makna kepada wanita,
kerana apa yang di katakan sebagai Diskriminasi terhadap  wanita
adalah tidak berdasarkan kepada penelitian yang utuh."

"Terdapat banyak lagi kaedah lain untuk memperjuangkan hak-hak
wanita,bukan nya mengambil tindakan yang bodoh seperti ini,terma-
suk menghina ulama dan mempertlekeh Jakin dan Jais,"katanya.

Amini menuntut agar penganjuran anugerah itu di hentikan serta
merta dan permohonan maaf terbuka di buat terhadapMufti,Kerajaan
dan pihak-pihak berkuasa agama.

Perkasa turut mempersoalkan kaedah memilih "pemenang"itu,kerana
ia di buat di lakukan oleh pengundi luar negara."Cara pemilihan peme-
nang 'Anugerah" JAG dan GEI juga meragukan,kerana hak mengundi
untuk menentukan pemenang bagi anugerah ini adalah di buka dimana
1065 orang yang berumor 18 tahun keatas,termasuk pengundi dari
Australia dan Amerika Syarikat telah mengambil bahagian untuk memi-
lih pemenang 'Anugerah" karut-marut mereka,"katanya.

"Hormatilah Ulama dan semua pihak dan jangan lah terikut-ikut dengan
Gerakan Feminisme dan Womens Liberation Barat,"kata Amini.

"Kembalilah kepada Islam yang tulin dan jadikan musyawarah dengan
semua pihak sebagai asas tindakan,serta elak kan melakukan se suatu
secara Semborono."

Monday 29 August 2016

KEJUTAN TAK DI SANGKA DARI MULUT TUN MAHATHIR....

















============================================
KEJUTAN TAK DI SANGKA DARI MULUT TUN M.........

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa
menerima hakikat UMNO kini bukan lagi parti yang berjuang
untuk negara dan orang Melayu.

Beliau yang sedih dengan keadaan melanda parti Melayu   itu
dan BN, berkata satu usaha untuk memulihkan kepincangan
pada     negara perlu di lakukan dengan segera.

"Parti ini [UMNO] mesti di kalahkan dan kita perlu parti lebih.
kuat daripada UMNO. Saya sayang UMNO,sebab begitu lama
saya berada dalam UMNO,dan apabila Datuk Seri Najib  Razak
buat benda yang tidak baik,saya fikir pada mulanya mahu sing-
kirkan saja perdana menteri dan kita selamatkan UMNO."

"Tetapi itu pada mulanya.Kini saya dapati UMNO sudah juga
tidak boleh di selamatkan.Kenapa ?.Sebab pemimpin mereka
sudah tidak jadi pemimpin,mereka tidak boleh bersuara apa-apa
pun,mereka ikut saja," katanya seperti di lapor Sinar harian  hari
ini.

Bekas Presiden UMNO itu mengakui,beliau sedih dan kecewa,
tetapi ia tetap tidak boleh mengatasi perasaan tanggungjawab ke-
pada negara apabila melihat mereka yang terlibat menyelewing
dan tidak lagi patuh pada asas perjuangan UMNO dan BN.

"Semua parti lawan mestilah bekerjasama supaya wujudnya per-
tandingan satu lawan satu."

"Ada orang tanya saya,macam mana ni Tun Mahathir mahu be-
kerjasama dengan Lim Kit Siang,kerjasama dengan parti lawan,
sedangkan saya dah kecam lim kit siang habis-habisan,dan dia
pun kecam saya juga."

Kejutan Tak di Sangka dari Mulut Tun Mahathir.

"Tetapi dalam usaha untuk capai kejayaan,kita perlu sentiasa
bijak.Sebagai contohnya,apa yang di lakukan Tun Razak untuk
menyelamatkan negara.Beliau menjemput parti-parti lawan
untuk menyertai parti gabungan yang sekarang ininjadi lebih
besar."

"Semua ini parti lawan,tetapi kebijaksanaan Tun Razak ia lah
untuk mengukuhkan kerajaan."."Saya tahu,kenapa BN swentiasa
menang.Sebab kita tidak lawan sesama kita.Sebaliknya parti la-
wan berlawan sesama mereka,berpecah,dan tak pernah dapat
kerusi yang cukup untuk dirikan kerajaan,"beliau di lapor  kan
sebagai berkata.


 

Sunday 28 August 2016

Adakah Tun Razak Juga Pengkhianat Kerana Bekerjasa dengan Pembangkang Selepas Tragedi 1969 ?.

Berikut ini adalah tulisan seorang "Bangsa Kelantan" yang
menetap di luar Negara berdasarkan tontonan nya secara
live ucapan    Tun Mahathir Mohamad  di  Ketereh   pada
26.0gos.2016 lalu.

Tulisan ini telah banyak tersebar di Media Sosial serta Grup
Whatsapp dan di kongsikan di sini untuk kebaikan kita ber-
sama,mudah-mudahan perubahan     semakin   dekat dengan
hati kita.(SH 28/8/2O16).

1. Malam tadi saya menonton lintas langsung Program Bicara
Rakyat di Kampung saya Ketereh,Kelantan.Program tersebut
menampilkan Tun Dr Mahathir,Tan Seri Muhyiddin Yassin dan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
2.Saya bersengkang mata hingga jam 2.00 pagi waktu Hobart
untuk menonton kesemua ucapan di mana Tun Mahathir men-
jadi penceramah akhir.
3.Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil,saya cuba un-
tuk tidak melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan
Tun,terutamanya dalam program-program politik.
4.Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat
dan fakta-fakta yang menarik.
5.Dalam ucapan malam tadi,beliau menyentuh tindakan pemim-
pin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama
dengan bpembangkang.
6.Beliau menekan kan,bahawa dalam politik,Stratigi amat lah
penting.Menurut Tun Mahathir ,selaku bekas  Pengurusi BN,
rahsia BN menang di dalam Pilihanraya ia lah kerana mereka
tidak bertanding melawan sesama sendiri.
7.Tun M, menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak
menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan
bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seper-
ti GERAKAN,PPP [Peoples Progressive Parti],SUPP dan  juga
PAS.Menurut Tun Mahathir,DAP pada masa itu juga di jemput
bersama,tetapi parti tersebut menolak.
8.Oleh itu,menurut Tun M. bukanlah sesuatu yang pelik sekira
nya BERSATU bersedia bekerjasama dengan pembangkang
pada waktu itu untuk mengwujudkan sebuah kerajaan  yang
kukuh.
9.Ini satu hujah yang amat menarik !
10.Jika imbas kembali,dalam pilihanraya umum 1969,Gerakan
telah berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang,dengan me-
rampasnya dari MCA,PPP pula hampir membentuk kerajaan di-
Perak [hanya kekurangan dua kerusi],menakala PAS pula mem-
bentuk kerajaan di Kelantan.
11 Pada 1972,Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan ianya
kemudian di ikiti oleh PAS.Akhir nya pada 1973,Barisan Nasio-
nal di bentuk.
12.Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang
sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhia-
natan kepada orang Melayu,bukan kah ia bermakna mereka ber-
kata,tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan
pembangkang dalam membentuk BN juga satu Pengkhianatan?.
13.Bagi saya,ia nya bukan satu pengkhinatan.Tetapi satu stratigi
Politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan
stabil,selepas negara melalui tragedi 13 Mei.
14.Sama-sama lah kita  fikirkan !
Dr.Radzi Jidin
Hobart Australia 27-0gos-2016
untuk FB,Bicara Malaysia.



IBRAHIM ALI-UMNO TIDAK MAMPU BERTAHAN PRU DEPAN.


IBRALIM ALI-UMNO tidak mampu bertahan PRU
depan..FMT Reporters.

Petaling Jaya ; Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata
UMNO pada masa ini berhadapan banyak ketidak tentuan
dan munkin tidak akan bertahan dalam pilihanraya  umum
[PRU] akan datang,jika ia masih tidak berubah terutama ketika
ia semakin di himpit sindrom usia tua.

Beliau berkata, miski pun UMNO mendakwa ia parti dengan
manifestasi yang jelas, hakikat perlu di telan,  yang   UMNO
kini sengsara dengan sindrom usia tua.

Sementara parti sezaman dengan nya  seperti  ,Golkar di-
Indonisia,Parti Kongres di India,Parti Demokratik  Liberal
di Jepun, semua nya sudah hilang. FMT.RAEPORTERS.

Saturday 27 August 2016

NURUL IZZAH:HUTANG PTPTN TAK BAYAR...........

















=============================================
NURUL IZZAH:Hutang PTPTN tak bayar di ugut Buang
Kerja,Hutang 1MDB.........

SHAH ALAM - Ancaman di buang kerja dan kenaikan pang-
kat di sekat terhadap kakitangan dan Pegawai Kementerian
Pendidikan sekiranya tidak membuat pemotongan gaji  bagi
membayar hutang Perbadanan Tabung  Pendidikan  Tinggi 
Nasional [PTPTN] adalah tindakan tidak perikemanusiaan.

Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anuar,berkata keputusan itu
membuktikan sikap hipokrit Kerajaan Persekutuan,apabila
bersungguh-sungguh menuntut hutang PTPTN yang melibat
kan 51,884 guru,tetapi mengambil ringan dalan isu  hutang
yang melibatkan 1MDB.

Nurul Izzah,lebih hepokrit lagi memandangkan cara kerajaan
menangani kemelut pinjaman hutang 1MDB yang berkali-kali
menunda bayaran hutang nya dan menggunapakai lingkaran
pimpinan Barisan Nasional [BN] dalam melunaskan penjualan
hartanah dan perluasan perniagaan nya.

Rakyat wajar melawan dasar pincang sebegini.Saya seru pada
guru,bersuaralah,jangan biarkan hipokrasi dan penindasan ini
berterusan.

"Kerajaan BN di bawah Najib boros berbelanja,bebas berhutang
dan dengan tanpa rasa bertanggungjawab memindah    beban
hutang kepada rakyat,kini guru. Ini lah masa untuk bersuara dan
melawan ketidakadilan ini," kata Nurul Izzah ketika di hubungi
Selangor Kini hari ini...sumber...

Tuesday 23 August 2016

MO.1,NAJIB PERLU DEDAH IDENTITI....



















----------------------------------------------------------------------------
MO.1,NAJIB PERLU DEDAH IDENTITI-TUAN IBRAHIM
TUAN MAN..

SHAH ALAM :- Datuk Seri Najib Tun Razak di gesa mendedah
kan Identiti sebenar Malaysian Official 1, [MO.1] yang di kaitkan
dalam siasatan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat [DOJ]
terhadap 1 Malaysia Development Berhad [1MDB].

Timbalan Presidin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
ia bagi mengelak kan kekeliruan berterusan berkaitan isu tersebut.

Tuan Ibrahim berkata,Najib selaku Persedin UMNO dan pemim-
pin BN perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan isu  itu se-
belum keadaan bertambah rumit.

"Nampaknya [timbul kekeliruan] di kalangan UMNO dan BN
yang keliru dengan identiti M0.1,Sehinggakan ahli parlemen
Lengkawi Datuk IR Nawawi Ahmad mencetuskan kountroversi
mengenai identiti MO.1,kerana mengaitkan nya dengan Yang di-
Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Untuk mengelakan kekeliruan berpanjangan dan tercetusnya
mangsa kedua yang di kaitkan dengan MO.1,Najib perlu mem-
beri tahu siapa MO.1 sebenar,"katanya dalam kenyataan hari
ini.

Nawawi sebelum ini memuat naik status di laman Facebook nya
menyatakan Yang di Pertuan Agong ialah MO.1,  bertanggung
jawab terhadap kerajaan,berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun beliau telah memohon keampunan kepada Yang
di Pertuan Agong hari ini.

DOJ. menyebut MO.1,dalam laporan saman sivil bagi mendapat
kan kembali aset yang di perolihi melalui dana yang di dakwa  di-
selewingkan daripada 1MDB.

Kata Tuan Ibrahim lagi,Najib juga boleh memberi bayangan
identiti MO.1, sekiranya beliau tidak mahu mendedahkan nama
pegawai tersebut.

"Dengan ini,sudah pasti tiada lagi ahli parlemen seperti Nawawi
yang terteka sehingga mengaitkan identiti MO.1 itu kepada Agong.

"Saya pasti kalau Nawawi di beri maklumat yang betul,beliau tidak
akan bersikap teka,siapa sebenar MO.1 dan UMNO-BN tidak akan
di malukan lagi dengan tekaan yang jelas jauh tersasar,ujarnya.

***sumber...

Monday 22 August 2016

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR KENA BELASAH...















----------------------------------------------------------------------------
Ahli Parlemen Sungai Siput Dr.Michael Jeyakumar Devaraj
menggesa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meletak
jawatan sebagai Menteri Wikayah Persekutuan dan Ahli Parle-
men sekiranya takut mengistiharkan harta pada rakyat.

Dr Jeyakumar berkata,lebih baik tengku Adnan yang populer
di gelar KU NAN itu menjadi ahli perniagaan atau rakyat biasa
kerana tiada sesiapa  akan memintanya mengistiharkan harta.

"Jika mahu jadi ahli parlemen mesti bersedia untuk istihar kan
harta.Jika kamu takut,jangan jadi ahli parlemen,"

"Sila berundur dan jadi orang biasa atau ahli perniagaan,kerana
tiada siapa akan meminta supaya istiharkan harta,melainkan pro-
ses pembayaran cukai saja,"katanya ketika di hubungi FMT.

Beliau berkata,kenyataan Ku Nan yang bimbang anak dan isteri
di culik jika mengistiharkan harta,hanya lah alasan untuk menge-
lak berbuat demikian.

"Ini [istiharkan harta] boleh menjadi alasan untuk sesiapa berkata
demikian.Saya ingat dalam negara demokrasi matang,semua harus
istiharkan harta," katanya.

Sehubungan itu, Dr Jeyakumar meminta rakyat bijak menilai dan
memilih calon untuk mewakili mereka dan mengenakan syarat
kepada calon bertanding agar berani mengistiharkan harta.

Ku Nan berkata,beliau sudah membuat pengistiharan tahunan
kepada Perdana Menteri,menakala Datuk Bandar Kuala Lumpur
Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz membuat pengistiharan
aset kepada Ketua Setiausaha Negara.

Sebelum ini,Dr.Jeyakumar mengaku,harta beliau tidak bertambah
sejak menjadi ahli parlemen Sungai Siput pada 2008 sehingga peng-
hujung 2015.

Beliau bertanding atas tiket Parti Sosialis Malaysia [PSM] dan ber-
tikad mahu membawa perubahan dalam politik,dengan membuat
pengumuman harta kepada rakyat setiap tahun sejak 2008...

Sunday 21 August 2016

PETANDA BESAR PRU-14,SEMAKIN HAMPIR...















=============================================
MCA sudah memuktamadkan CALON,Bagi Pilihanraya Umum
ke-14 [PRU.14], sebagai langkah awal untuk menawan kembali
kerusi yang tidak di menangi nya pada pilihanraya umum lepas,
kata Presiden Parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Liow,beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua
Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon
yang di pilih itu.

"Kriteria bagi pemilihan calon kami,bukan sahaja berlandaskan
keputusan parti,tetapi juga seorang calon mestilah di sukai ramai
dan boleh menang," MCA perlu mendapatkan kembali sokongan
kaum China,dan di Negeri Sembilan,kami sudah mengenal pasti
kesemua 10 kerusi berkenaan.

"Kami membahagikan mereka kepada beberapa kategori dan mele-
tak kan banyak tumpuan untuk memenangi semula kerusi  kerusi
itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Bilik Operasi"
MCA di Titi dekat sini hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA akan meminta
semula tiga kerusi Parlemen milik mereka di Kuantan,Gelang  Patah,
Wangsa Maju dari UMNO .

"Kita pinjamkan  tiga kerusi Parlemen kepada UMNO dan mahu da-
patkan semula.Kami yakin UMNO akan membantu MCA untuk meme-
nangi sokongan Melayu."

"Bagi MCA,kami bersedia,sebenarnya persiapan bermula sejak awal
lagi,misalnya di Pulau Pinang,jika mereka mahu adakan pilihanraya
awal,kami bersedia," katanya sambil menambah semua calon   MCA
adalah gabungan muka baru dan lama.

Liow berkata MCA akan bekerja keras untuk memenangi semula
sokongan masyarakat China dengan terus membantu dan berkhidmat
kepada rakyat,termasuk di kawasan MCA tewas pada PRU lepas.

"Dalam Chennah,walau pun tewas semasa PRU lepas,kita tidak akan
berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada rakyat. Kami    juga
membawa ramai ahli MCA untuk memastikanmereka adalah  pengundi
di sini,selain merekrut ahli MCA yang baharu,"katanya.

NAWAWI BERPERANGAI TIGA SUKU-KATA MAHFUZ...















=============================================
KUALA LUMPUR - Datuk Mahfuz Omar memberi amaran
kepada Ahli Parlemen Langkawi,Datuk Nawawi Ahmad supaya

berhenti berdolak-dalik  dengan perangai tiga sukunya dan tidak
mengheret Yang di Pertuan Agong dalam skandal 1MDB.

Ahli Parlemen Pokok Sena itu juga mahu Nawawi memohon
ampun kepada Agong dengan segera kerana merujuk baginda
sebagai "Malaysian Official 1' [MO.1].

"Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa .Bhkan
nya tiga suku macam Nawawi".

"Sebagai Rakyat Malaysia dan anak negeri Kedah,jika Nawawi
seorang yang beradap,beliau perlu memohon  ampun   kepada
Agong tanpa tunggu titah tuanku",katanya dalam satu kenyataan
hari ini.

Mahfuz berkata,Nawawi juga perlu memohon maaf kepada rakyat
atas kenyataan berbaur hasutan yang di muat naik   ke  Facebook
nya sebelum ini.

"Jangan anggap dengan mengatakan kamu tidak bersalah dan untuk
apa nak minta maaf,kamu sudah menghasut rakyat untuk memben-
ci Yang di Pertuan Agong."

"Kamu jangan angkuh dan sombong dengan rakyat.Kamu di pilih
rakyat.Jangan biadap dan kurang ajar pada Yang di Pertuan Agong
dan rakyat,"katanya.

Kelmarin polis memaklumkan akan memanggil Nawawi bagi me-
nyiasat kenyataan nya merujuk Agong sebagai MO.1,yang turut
di sebut dalam laporan Jabatan Keadilan [DOJ] Amerika Syarikat
yang memfailkan Saman Sivil bagi menyita harta yang di dakwa
di beli daripada penyeliwengan dana 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,Polis mene-
rima beberapa laporan mengenai perkara itu,dan siasatan akan  di-
jalankan..
*****sumber...

PANDELELA DAN NUR DHABITAH LAYAK KE AKHIR.
















---------------------------------------------------------------------------
Pandelela Dan Nur Dhabitah ke Akhir,terjun 10 meter Platform
Olimpik RIO.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri mara
ke peringkat akhir acara terjun10 meter Platform Individu Sukan
0limpik RIO di Pusat Akautik Maria Lenk di sini hari ini.

Dalam aksi separuh akhir bagi menentukan 12 peserta yang layak
ke peringkat akhir,Pandelela yang juga pemenang pingat Gangsa
acara ini di sukan Olimpik London 2012 menamatkan aksinya di
kedudukan ke enam,selepas mengumpul 336.95 mata.

Nur Dhabitah 17,atlet paling muda dalam kontenjen negara di
temasya Olimpik kali ini pula mengumpulkan 307.65 mata daripada
lima terjunan untuk mengesahkan tempat ke final setelah berada di
posisi ke sebelas.

Kesemua 12 peserta teratas daripada 18 atlet yang beraksi di separuh
akhir,akan bertarung di peringkat akhir yang di jadualkan pada  pukul
4.00 petang ini waktu tempatan [3.00 pagi waktu Malaysia].

Wakil China,Si Yajie mendahului peserta lain dengan 389.320 mata
di ikuti penerjun Amerika Syarikat Jassica Parratto [367] dan seorang
lagi atlet China,Ron Qian [362.40].

Pandelela memburu pingat keduanya di Rio,selepas meraih Perak dalam
acara 10 meter Platform Seirama berganding dengan Cheong Jun Hoong
minggu lalu....Bernama.

Saturday 20 August 2016

BUNG MOKTAR DI SOAL SPRM....















==============================================
BONG MOKTAR DI SOAL SPRM,BNERKAITAN
"PELABURAN FELCRA".

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM]  telah menyoal
Pengerusi Felcra,Datuk Bung Moktar Radin sekurang-kurang nya
Lima jam hari ini.

Ia di percayaai berkaitan dengan beberapa unit Pelaburan Amanah
yang di buat oleh Agensi itu.

Ahli Parlemen Kinabatangan itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putra-
jaya pada pukul 9.40 pagi dan terus masuk ke bangunan.

Bung Moktar enggan bercakap dengan media sebaik tiba,tetapi
memberi isyarat "OK" sebelum memasuki bangunan itu.

Malaysiakini telah menghantar SMS kepada Ketua Pesuruhjaya
SPRM Datuk Seri Zulkifli Ahmad dan Ketua Siasatan Datuk
Azam Baki untuk mendapatkan komen.

Sehingga jam 3.00 petang itu Buing Moktar yang juga  Ahli
Majlis Tertinggi UMNO masih di soal dan belum meninggalkan
Premis SPRM.

Pegawai SPRM berpakaian biasa yang berada di lobi berkata
ia munkin mengambil sedikit masa.

Semalam Malaysiakini melaporkan SPRM di jangka memanggil
seorang Ahli Parlemen UMNO untuk di soal soasat....mk.

Wednesday 17 August 2016

AZIZULHASNI SUMBANG GANGSA ACARA KEIRIN...




















---------------------------------------------------------------------------
MALAYSIA - Memoerolihi Pingat Gangsa pertama di  Sukan
Olimpik RIO 2016,apabila Azizulhasni Awang di tempat ke tiga
dalam perlumbaan akhir Keirin di Veledrom Olimpik.

Ia merupakan pingat pertama pernah di menangi oleh pasukan
berbasikal dalam Sukan Olimpik.

Perlumbaan akhir  terpaksa di mulakan  semula sebanyak dua kali
yang munkin telah menjejaskan peluang Azizulhasni yang mempu-
nyai kelebihan untuk memenangi pingat emas.

Sebaliknya,tempat pertama di menangi Jason Kanny dari Britain,
menakala Matthijs Buchli dari Belanda meraih Perak .

Menteri Belia dan Sukan Khairi Jamaluddin Abu Bakar  menulis
di tweet,"Budak Dungun Ganu diri atas Podium dengan Mat-Mat
Saleh tinggi Petronas tower,only the saze of your heart matters,"

Malaysia memenangi dua pingat di Rio setakat ini dengan Cheong
Jun Hoong dan Pandelala Rinong meraih Pingat Perak dalam acara
10 m.platform seirama selasa lepas...

Tuesday 16 August 2016

EMAS DI RIO : SEMAKIN CERAH........


















============================================
RIO DE JANEIRO :2 PASANGAN bergu Badminton Negara
layak ke separoh akhir Sukan Olimpik yang sedang berlangsung.

Harapan untuk sekurang-kurang nya meraih 1 pingat EMAS
masih dalam jangkauan.Kita mengharapkan LEE CHONG WEI
juga mara.

Mereka adalah pasangan bergu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee
Kiong serta pasangan bergu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu
Ying.

Pasangan bergu utama negara Goh V.Shem-Tan Wee Kiong
malakar kejutan  keatas bergu utama dunia Lee Yong Dae-
Yoon Yeon Seong untuk mara keseparuh akhir acara bergu lelaki
pada sukan Olimpik Rio di sini,Isnin.

Bergu Malaysia itu mempamirkan permainan agresif dengan melaku
kan asakan untuk mencatatkan kemenangan 17-21,21-18,21-19 dlm
masa 86 minit,walau pun mencatat kemenangan kedua dalam lapan
pertarungan menentang bergu dari Korea Selatan itu.

Pertarungan sengit itu menyaksikan bergu Korea membuat percuba-
an terakhir selepas ketinggalan 13-18 dan merapatkan jurang ke-
pada 19-20,sebelum gandingan Malaysia itu melengkapkan keme-
nangan untuk ke separuh akhir esok.

V.Shem-Wee Kiong akan bertemu Chai Biao-Hong Wei selepas
pasangan bergu dari China itu menewaskan pasangan bergu dari
Rosia, Valdimirlnaov-Ivan Sazanov  21-13, 16-21, 21-16 dalam
masa 56 minit.

Kemenangan bergu negara di pentas suku akhir mencerah kan pelu-
ang untuk pasangan itu merangkul pingat..
sumber...

Monday 15 August 2016

OLIMPIK:RIO DE JANERIO.....

















==============================================
PENG SOON-LIU YING  Mara ke Finel Acara Badminton.

Rio De Janerio: Bergu campuran negara Chan Peng Soon-Goh
Liu Ying menjadi wakil pertama negara berjaya mara ke pentas
akhir acara badminton pada aksi sukan Olimpik Rio kali ini.

Kemenangan ini bukan saja memastikan Pingat Perak dalam geng-
gaman mereka,tetapi juga meletakkan pemburuan Emas pertama
Malaysia itu pada sukan Olimpik berada di landasan terbaik.

Gandingan negara yang menduduki rangking ke-11 dunia ini
mengejutkan bergu ke-6 dunia dari China,Xu Chen-Ma Jin dengan
straight set,21-12, 21-19 sebentar tadipada aksi separuh akhir yang
berlangsung di Pavilion 4,Riocentro.

Lebih manis,kemenangan Peng Soon-Liu Ying ke final itu paling
bersejarah,kerana sejak badminton di pertandingkan di Olimpik
Barcelona 1992,bergu campuran negara tidak pernah mara ke per-
tandingan akhir dan menyumbang pingat.

"Persefahaman  antara kami meningkat di atas gelanggang dan
menghadapi pasangan China bukan tugas yang mudah," Namun
kekuatan mental yang menentukan kemenangan ini,dan kami
akan buat terbaik di pentas final nanti," kata Peng Soon selepas
perlawanan mereka.

Pada aksi akhir,Peng Soon -  Liu Ying bakal menanti pilihan
utama Zhang Nan  -  Zhao Yun Lei dari China atau pasangan Indo-
nesia Tontowi Ahmad - Liliyanes Natsir yang akan turun beraksi
dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
sumber.....

PEMIMPIN UMNO TERKEDU DENGAR BERITA INI....















----------------------------------------------------------------------------
PEMIMPIN UMNO TERKEDU DENGAR BERITA DARI
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR.....

Prestasi Kewangan Selangor mencatat rekod baik dengan lebihan
semasa RM.480 Juta kerana hasil kutipan melebihi jumlah perbe-
lanjaan,kata Menteri Besar Datuk Seri Muhamed Azmin Ali.


"Lebihan semasa ini di rekodkan berikutan hasil yang di kutip
sebanyak RM.1.86 Billion berbanding perbelanjaan sebanyak RM.
1.38 Billion.

Pemimpin UMNO terkedu dengar berita dari Pejabat Menteri Besar,
Ini bermakna Kerajaan Negeri mencatak kutipan hasil sebanyak 82%
[RM.1.86 Billion] berbanding anggapan terimaan hasil 2016 seba-
nyak RM.2.25 Billion, katanya dalam sidang media pada perbinca-
ngan Meja Bulat belanjawan  2017 hari ini.

Beliau berkata,selain hasil tanah,Kerajaan Selangor berdepan
cabaran utama untuk mempelbagaikan sumber pendapatan  baharu.

"Kita perlu meneruskan perancangan ekonomi jangka masa panjang
yang stratigik dengan unjuran tepat agar kita dapat meneruskan ama-
lan tidak membentangkan belanjawan tambahan,"katanya.

Azmin berkata,perbincangan hari ini turut merangkumi kajian
semula kadar kemiskinan,termasuk meningkatkan pendapatan garis
kemiskinan [PGK].

Pemimpin UMNO terkedu dengar berita dari Pejabat Menteri Besar,
"Kita perlu membahaskan sama ada kemiskinan mengikut Daerah
dan kaum serta pencapaian PGK bagi Selangor."

"Satu kajian di jalankan kerajaan negeri untuk menetapkan PGK
pada kadar 60% daripada pendapatan isi rumah Selangor.ia itu
RM.3,300," katanya.

Perbincangan hala tuju belanjawan 2017 selama dua hari mengam-
bil kira pandangan tokoh profesional,wakil indastri dan penggubal
dasar untuk memberikan pandangan mengenai pembentukan belan-
jawan negeri.

Pemimpin UMNO terkedu dengar berita dari Pejabat Menteri
Besar Selangor,inisiatif menggalakan pertumbuhan ekonomi
negeri menjadi komponan terpenting penghasilan   belanjawan
2017.

Saturday 13 August 2016

SAMAN BARU HUSAM & MATTHIAS CHANG...IMDB....















=============================================
Husam &Matthias Chang Failkan Saman di Amerika  terhadap
beberapa individu yang di kaitkan dengan 1MDB.

Bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad Matthies
Chang bergandingan dengan ADUN Salur Datuk Husam Musa
dalam memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Sya-
rikat terhadap beberapa individu yang di kaitkan dengan 1MDB.

Saman bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma
pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang di perolihi
dengan menggunakan dana berkenaan.

Tindakan tersebut di buat bagi pihak rakyat Malaysia dan di fail
kan pada selasa di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi
Daerah Selatan NEW YORK,menurut The Hollywood Repoter.

Chang dan Husam menamakan firma Red Granite,pengasas
syarikat pengeluar dan pengedar film Christopher Joey Me
Farland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defeden.

Menurut pemefailan Mahkamah,Chong dan Husam mendakwa
defeden sengaja menggunakan dana yang di curi dari 1MDB
untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan Pesta
untuk bintang Hollywood,Leonardo Dicoprio.

Turut di namakan sebagai defeden ialah jutawan yang berasal
dari Malaysia,Jho Low dan peguam percukaian nya Derba Whelan
Johnson serta firma miliknya,Metropolis DC.Capital Advisors LLC
Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga
di namakan.

Pantif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam
urus niaga  yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB.

NICOL DAVID DI NOBAT ATLET TERHEBAT DUNIA..





















-------------------------------------------------------------------------------
Antara Pos.Com;
PETALING JAYA -  Akhbar British The Telegraph menyenarai
nama Ratu Skuasy Negara,Datuk Nicol Ann David sebagai salah
seorang daripada 20 Atlet terhebat di dunia.

"Bukan ramai atlet boleh merekodkan penguasaan sebagai mana
di lakukan Nicol Devid dalam sukan Skuasy dunia.'

"Atlet berusia 32 tahun itu mempertahan rekod No 1 dunia selama
109 bulan sehingga September tahun lalu dan memenangi tiga pin-
ngat Emas pada sukan dunia,dua Emas pada temasa Komanwel dan
menjuarai lapan gelaran,juara terbuka dunia," kata Telegraph.

Akhbar tersebut menyenaraikan nama nya di kalangan Atelet terbaik
termasuk pemain bola sepak Cristiono Ronaldo,pelari pecut Usain
Bolt,pemain tenis Serena Williams dan Novak Djokovic dan perenang
Michael Phelps dan Katie Ledecky.

Necol beraksi buat pertama kalinya dalam arena Skuasy pada usia
16 tahun dengan memenangi Kejohanan Skuasy Rumaja Dunia Wa-
nita pada 1999 sebelum merangkul kejuaraan utama dalam siri jela-
jahnya pada Februari 2000.

Beliau kemudian menjadi Atlet Malaysia pertama memenangi Kejo-
hanan Skuasy terbuka Malaysia dan terbuka British,selain merangkul
Trofi pertama daripada lapan pada saingan Kejohanan Dunia.

Pada Januari 2006 beliau menjadi wanita Asia pertama menduduki
rangking NO.1 Dunia.

Nicol mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun 2008,memenangi
gelaran Juara Terbuka British dan Trofi ke tiga Kejohanan Dunia.

Namun rekod kemenangan Nikol berjaya di leburkan pada 2009,apa
bila beliau tewas di tangan Natalie Grainger,selama 151 bulan menga-
tasi rekod yang di catatkan Peter Nicol pada oktober 2006.

Thursday 11 August 2016

1MDB-SAYA SENDIRI MASIH KELIRU-KU LI...

















============================================
LAPORAN AKHIR:Siasatan Jabatan Ketua Audit Negara
tentang 1 Malaysia Development Berhad [1MDB] perlu didedah
kan kepada umum dan tidak perlu di letak kan di bawah   Akta
Rahsia Rasmi [OSA] 1972.

Ahli Parlemen Gua Musang,Tengku Razali Hamzah berkata,Jawa-
tankuasa kira-kira wang negara [PAC] perlu tampil mendedahkan
setiap perincian laporan memandangkan jawatankuasa itu    telah
membaca dan memiliki akses terhadap laporan tersebut.

"Saya fikir kerajaan perlu melihat kepada setiap aspek yang yang
berlaku melibatkan 1MDB."

"Kebenaran perlu di dedahkan,tetapi ia tak akan berlaku sekiranya
Laporan Jabatan Ketua Audid Negara di klasifkusikan sebagai rah-
sia rasmi,pelbagai perkara yang di siasat di hentikan,jadi kita tidak
akan dapat sampai ke dasar masaalah nya," tegas Tengku Razali di-
petik Astro Awani.

Isu tersebut kembali hangat selepas siasatan Jabatan Kehakiman
Amerika Syarikat [DOJ] menunjukan berlaku nya penyelewangan
dana IMDB walaupun PAC telah mengistihar tiada sebarang masa-
alah berlaku.

Tengku Razali jua berkata tiada sebab untuk menggesa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berehat selagi setiap dakwaan
dan tohomohan terhadap beliau tidak dapat di buktikan, namun
tegasnya,sesiapa pun yang di dapati bersalah perlu di bawa kemuka
pengadilan.

"Sehingga  hari ini saya enggan mengulas isu 1MDB kerana saya
sendiri masih keliru,dan saya masih menunggu laporan Jabatan Audit
Negara itu", ujarnya lagi.

Ulasan Anak Kampung:
Ku...Li !!!,macamtu ya,pandangan hang,patut lee Ku...Li nie tak
layak jadi PM Malaysia, hanya PM Gua Musang aje, sudah terang
lagi kita mau bersuluh ke? Berbelion duit pembayat cukai[rakyat]
di lingkupnya bersama kroni,ekonomi Malaysia dah nak RUYUP
dah.

Manyak mengong lee,kalu masih tak nampak,kalu camtu KULI
akan terus jadi KU........LIiiiiiiiiiii selama-lama nya,
maaf yaaaaa,



Wednesday 10 August 2016

ARAHAN KEPADA MENTERI BESAR TERENGGANU...




















=============================================.
BALI-Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman
telah di arah supaya merapatkan semula barisan kepimpinan umno
di negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan kembali  Barisan
Nasional di Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
berkata,beliau telah menemui Ahmad Razif malam kelmarin  dan
mengarahkannya supaya membuat perkiraan politik yang teliti.

"Dalam perkiraan matamatik politik,satu di tolak,kita boleh hilang
kesemuanya dan saya telah arah beliau [Ahmad Razif] membuat
perkiraan politik secara teliti dan merapatkan kembali saf kepim-
pinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Krisis politik Terengganu di katakan tegang apabila bekas Men-
teri Besar yang juga ahli dewan undangan negeri KIJAL,Datuk
Seri Ahmad Said bakal di kenakan tindakan oleh Lembaga Dis-
plin umno kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpi-
nan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada MB.

Kedudukan kerajaan negeri itu menjadi goyah jika Ahmad di kena
kan tindakan pecat daripada umno,memandangkan BN memiliki
17 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu  menakala
Pas 14,PKR 1 kerusi.

Ahmad Zahid berkata umno tidak mahu atas faktor dalaman parti,
BN  kehilangan kuasa di Terengganu.

"Kita telah ada pengelaman dan tidak mahu mengulang kesilapan
yang menyebabkan hilang kuasa di Terengganu,"katanya.

Beliau berkata,semua pihak harus melihat kepentingan jemaah ada
lah lebih daripada kepentingan peribadi dan beliau yakin Ahmad
mempunyai jiwa besar untuk menyelamatkan umno di negeri itu.
Bernama...

HARGA PAS BUKAN RM.90 JUTA..



























USTAZ ROSLI ABDUL JABBAR,PJ.PAS PAHANG.

===========================================
Tidak ada  orang berjuang dalam Pas kerana nak duit,kalau
ada pun tak lama akan duduk dalam Pas,lambat laun akan lari
juga tinggalkan Pas,sebab yang di tunggu tak kunjung tiba.

Dalam Pas,ada orang kaya dan ada orang miskin,orang kaya
biasanya masuk Pas setelah dia kaya,bukan dia kaya kerana
dapat keuntungan dari Pas,malahan harta kekayaan di habis
kan untuk perjuangan Pas.

Orang miskin pun begitu,bukan dia miskin setelah masuk Pas,
biasanya memang dia dah sedia miskin,namun,walau pun dia
tahu,masuk Pas tak jadi kaya,namun dia tetap juga berjuang dan
berkorban apa yang mampu bersama Pas,kerana dalam Pas ba-
nyak peluang untuk menabong bagi merebut kekayaan Akhirat.

Tidak berbaloi RM.90 Juta itu dengan pengorbanan ahli,RM 90
juta itu bukan bandingan langsung,semua ahli Pas tak pandang
semua itu,kecuali orang yang di resepi hatinya dengan hasutan
syaitan supaya menjual perjuangan nya.

Pas sudah membayar dengan harga yang tidak ternilai,demi mem-
beli tawaran daripada Allah,bukan sahaja duit,malahan nyawa demi
perjuangan islam nya dan kerana menuntut redhanya.

Pas tidak teliur pun RM.90 juta itu,sebagaimana Pas tidak teliur
dengan Puterajaya yang tidak melaksanakan islam,kalau dapat duit
tidak dapat redha Allah,semua tidak bernilai di sisi Allah,apabila
tujuannya kerana menuntut Mardhatillah.

Jangan ingat redha itu boleh di beli setelah ada duit banyak,redha
bukan barangan di pasar raya,bila ada duit boleh beli,redha juga bu-
kan macam kuasa,apabila memerentah baru dapat redha.Redha itu
mesti bersama dengan semua tindak tanduk kita,tidak kira kita sudah
memerentah atau belum memerentah,kalau dapat RM.1,tapi bersama
redha Allah,jauh lebih bernilai daripada RM.90 Juta atau Putrajaya
yang tidak bersamanya keredhaan Ilahi.Redha tidak boleh di beli,
walau pun memiliki lebih daripada RM.90 Juta.

Sebab itu Pas tidak peduli semua fitnah,cerca apabila pertahankan
perinsip perjuangan Pas,sejak dulu hingga kini,tidak ada nilai lang-
sung RM.90 Juta itu jika mahu di tukarkan dengan prinsip yang Pas
pertahankan selama ini..harakahdaily.net.









Tuesday 9 August 2016

PAS SEDIA SAMAN SERAWAK REPORT,NAJIB BILA LAGI...





















-----------------------------------------------------------------------------
Ahli Parlemen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tertanya-tanya
bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mamfailkan
saman terhadap portal pemberi maklumat,Serawak Report.

Ini kerana,katanya,Pas kini bersedia mengambil tindakan undang-
undang terhadap portal itu kerana mendakwa pemimpin atasannya
menerima wang sebanyak RM.90 Juta daripada Perdana Menteri.

Bagaimana pun,Mahfuz tidak menangkis tuduhan bahawa pemim
pin partinya menerima wang berkenaan,sebaliknya mensasarkan
Najib dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan berat.

"Tuduhan berat ini menggambarkan permainan dan percaturan
politik JIJIK Najib bagi terus mencengkam kuasa dengan pem-
berian wang yang berunsur rasuah untuk membeli lawan politik
nya."

"Tuduhan ini akan menjejaskan nama baik negara dan akan meng-
hilangkan kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia
serta menjunamkan indeks rasuah Malaysia," kata Mahfuz  dalam
kenyataan media.

Katanya lagi,Najib tidak boleh membiarkan tuduhan ini berlalu
tanpa membersihkan namanya dan negara dengan menghirit Sera-
wak Report kemuka pengadilan.

"Rakyat menanti tindakan Najib menyaman Serawak Report
sebagai tanda usaha membersihkan nama Malaysia di persada
antarabangsa.

"Pas sudah bersedia untuk saman Serawak Report,Najib bila lagi,
rakyat tidak mahu mendengar pengakuan Najib,bahawa RM.90
juta itu sebagai derma politik peribadi Pahlawan Bogis  kepada
peribadi orang atasan Pas," kata Mahfuz.

Terdahulu,Mahfuz hari ini meminta Serawak Report menamakan
pemimpin Pas yang menerima wang berkenaan bagi menjauh  kan
parti itu daripada pembangkang.

Pas semalam menyangkal laporan tersebut dan mengacam aka
mengambil tindakan undang-undang terhadap portal itu.

Berikutan itu,pengarang nya Clare Rewcastle Brown menjelaskan
dakwaan itu di buat berdasarkan "Kecurigaan yang meluas."

*** Ulasan anak kampung: Pas sudah sedia saman Serawak
Report,Najib bila lagi???...Sabar-sabar Datuk Mahfuz,kan hari nie
Jumaat,Besok hari Sabtu,kerja sekerat hari..Lusa hari Ahad Holiday,
Tulat,hari Isnin,Cuti hari jadi aku,Tungging lee,Tungging hari selasa
boleh laa...Datuk....ha-ha-ha...selasa-selasa-selasa...

FITNAH RM.90 JUTA:SELESAI DI DUNIA DULU,SEBELUM AKHIRAT...
















==============================================
Apa motif Serawak Report yang melaporkan pemimpin Pas,
menerima RM 90 Juta daripada Datuk Seri Najib.Ini yang di
tunggu oleh Pas kerana selama ini hanya bermain daripada mulut
kemulut.Perkara ini berlegar-legar di dalam komuniti masyarakat
Cina,sehingga mereka bagitu marah dengan Pas.

Saya dapat kesan dalam empat bulan yang lalu,apabila orang Cina
di kawasan Parlemen Bukit Gantang memberi tahu saya ketika saya
lepak di kedai kopi dengan mereka.Apabila saya tanya,diripada mana
mereka dapat.

Mereka beri tahu,ini perbulan kedai kopi saja,saya beri tahu,kalau
ada di dalam mana-mana tulisan.Pas mahu saman mereka,mereka
menjawab,tidak ada.Jadi susahlah,fasal tidak ada bukti bertulis.

Sekarang sudah ada banyak hitam putih,senang proses dan tindakan
undang-undang hendak di ambil dan hendak membersih nama Pas
selama ini.

Sebelum Mahkamah Akhirat,kita selesai Mahkamah dunia dulu.
Golongan Fitnah ini,mereka tidak kesah sangat seksa Akhirat,
mereka sudah kebal,hati mereka sikit tidak kisah soal dosa pahala,
pada mereka,mereka bukan nampak pun.

Serawak Report,janganlah merosakan jenama media kamu,kalau
sudah buat fitnah semacam ini,maka laporan yang benar pun orang
kata tidak benar.Apabila fitnah tersebar dan sudah masuk kedalam
kepala otak orang ramai,baru buat penjelasan,ia hanya kerugian me-
luas.

Ini tektik jahat di buat oleh musuh Pas,ketika PRK Sungai Besar dan
Kuala Kangsar,Naik dulu BILLBORD FITNAH,Lepas itu baru turun.
Ini tektik jahat,jahat seperti.......mungkin mereka ada guru yang menga-
jar tektik jahat itu.

Kepada mereka yang memiliki FB.BLOG,dan WASAP,kita perlu teliti
untuk saman,jika mereka pun sekongkol dengan Serawak Report untuk
merosak kan imej Pas.

Golongan ini cukup anti Pas.Pada mereka biar BN/UMNO perentah
daripada Pas memerentah,ini lah busuk nya hati mereka.





Monday 8 August 2016

PAS MAHU SAMAN SERAWAK REPORT...
















Datuk Tuan Tuan Ibrahim Tuan Man,Tim Preseden PAS.
-------------------------------------------------------------------
PAS mahu saman Serawak Report:
Pas hari ini membidas Serawak Report,selepas laman
pemberi maklumat itu mendakwa Parti Islam itu menerima
RM.90 Juta daripada Perseden UMNO Datuk Seri  Najib
Razak.

"Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengait kan PAS
dengan UMNO terus berlaku," kata Tim.Preseden Pas Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man.

PAS mahu saman Serawak Report: Sehubungan itu,beliau
berkata,tindakan undang-undang akan di ambil keatas pengen
dali laman itu kerana berniat jahat "mencemar nama baik parti
dan dasar Islam,yang menjadi teras kepada perjuangan Pas."

"Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Serawak Report ini
selain hendak mengaitkan Pas dengan umno,"   kata   Tuan
Ibrahim.

Serawak Report baru-baru ini mendakwa Najib cuba mengam
bil peluang percakaran di kalangan parti pembangkang   dengan
cuba mengambil hati pemimpin atasan Pas.

Pas mahu saman Serawak Report: Beliau cuba menjauhkan
parti islam Pas daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa
beliau-RM.90 Juta di percayaai mengalir masuk kedalam pimpinan
tertinggi Pas sejak beberapa bulan ini [Veteren BN akan mengang-
gap ia harga yang murah,"] menurut portal itu dlm laporan nya.

Pas mahu saman Serawak Report.
"Dengan Guan Eng di penjarakan bersama-sama Anuar,Pas pula
menerima wang,semua pengkritiknya di pecat dan kuasa darurat
di tangan nya,Najib menganggap beliau boleh sekali lagi menang
pilihanraya," katanya merujuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng dan Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri  Anuar
Ibrahim.












Sunday 7 August 2016

TARIAN GELEK:PUTERI UMNO KOTA BHRU MOHON MAAF...



















         GELEK POWER PUTERI UMNO K/BHRU
==============================================
Pergerkan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu memohon maaf
kepada semu pihak dn mengkui kesilpan nya apabil menyelit  kan
persembahan Tarian Gelek pada majlis perasmian persidangan
sayap parti itu kelmarin.

Ketuanya,Wan Salmih Wan Ghni berkata,pihaknya telah mengambil
iktibar daripada kejadian itu dan memberi jaminan tidak akan berulang
lagi pada masa akan datang,kata nya.

Persembahn tarin Gelek oleh sekumpulan empat ahli puteri di hadapan
Ahli Majlis Tertinggi [MT] umno Datuk Tajuddin Rahman,Ketua umno
Bahagian Kota Bahru,Tan Seri Fatmi Che Salleh dan Ketua Wanita Bah-
gian Mahidah Abdul Aziz sebagai tidak wajar.

"Kami juga telah menerima teguran dan nasihat dari pemimpin pelbagai
peringkat,kami akur dan amat menyesali di atas kesilapan daripada  pihak
kami sendiri."

"Kami juga sedar bahawa kami masih baru dalam politik dan banyak lagi
yang perlu kami pelajari. Insiden ini juga telah memberi satu pengajaran
yang amat berharga kepada kami walau pun pahit,"katanya dalam kenya-
taan kepada media hari ini.

Tajuddin yang juga Tim.Menteri Pertanian dan Indastri Asas Tani meras-
mikan persidangan perwakilan pergerakan itu di Kota Bahru.

Tarian Gelek itu kemudian menjadi VIRAL meluas  di Media Sosial dan
Aplikasi whatsopp sehingga menimbulkan reaksi serta persepsi negatif
dalam kalangan netizan.

Menurut Wan Salmiaah,dengan permohonan maaf itu,beliau berharap isu
berkenaan tidak akan di panjangkan lagi dan semoga semua pihak dapat
memaafkan dan memberi peluang pada kami untuk memperbaiki kesilapan
di masa hadapan," ktanya-Malysian Gazette.

AHMAD RAZIF KEJUTKAN HARIMAU YANG SEDANG TIDUR...















          Datuk Seri Ahmad Said, Mantan MB.Terengganu...
=============================================
ADUN KIJAL:Datuk Seri Ahmad Said tidak berminat dengan
Pilihanraya Negeri,namun mendesak Menteri Besar,Ahmad Razif
Abdul Rahman meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

"Saya seorang yang tenang dan telah bersabar selama dua tahun,
tetapi,apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan
kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah."

"Kerosakan itu telah di laku kan dan Ahmad Razif telah menge-
jutkan harimau yang sedang tidur.Sekarang beliau perlu  pergi.
Saya tidak mahu Pilihanraya Negeri,tetapi apa yang saya mahu
ia lah beliau di gantikan orang lain,"kata Mat Said di petik mStar.

Mat Said berkata,keadaan mungkin berbeza,jika Menteri Besar
itu mendapatkan nasihat beliau,terutamanya mengenai perlantikan
dan pemecatan orang umno di Kijal dan Kemaman.

"Alasan pemecatan itu adalah kerana orang-orang yang mengetuai
Syarikat berkaitan kerajaan tertentu itu rapat dengan saya.Mengapa
menjadikan mereka mangsa?."soal beliau.

Saturday 6 August 2016

DI MANA PAK ARAB DERMAWAN BERSEMBUNYI???..















SETIAP HARI PASTI,Ahli Parlemen DAP,Tony Pua akan
kecoh tentang 1MDB.Kadang-kadang terfikir juga,tak bosan
kah Tony asyik sebut tentang skandal IMDB berulang kali ?.
Pada hal rakyat Malaysia yang rata-ratanya lebih gemar isu
Yuna Peluk Usher di atas pentas atau status Haram,Halal
Pokemon Go, bukan peduli sangat jika duit mereka kena rem-
bat juta-juta.

Bagi orang kita,tak apalah,jika duit juta-juta habis di rompak
orang atas pun,asal kan negara ini masih di perentah  Melayu
Islam,syukur. Ya lah,jika tidak di perentah Melayu Islam,tak
kan sorang PAK ARAB yang Hartawan lagi Budiman mahu
menderma berbelion ringgit kepada Perdana Menteri kita.

Bukan dua,tiga juta,tapi 2.6 Billion [AS$.681 JUTA] ini punya
lah banyak,sehingga boleh beli lebih 108 cincin berharga RM.
24 juta,tapi apa yang di persoalkan Tony semalam menarik juga
untuk di fikirkan.Kata Tony,di mana Pak Arab yang hartawan
dan budiman itu bersembunyi???.

Lebih lagi,setelah saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika
Syarikat baru-baru ini menunjukan wang RM.2.6 Bellion [AS$.
681 juta] yang masuk ka akaun Si "Malaysian Official 1" itu da-
dang nya daripada duit 1MDB melalui Syarikat Tonore Finance
Corporation itu pula di miliki rakan Jho Low yang bernama Eric
Tan Kim Loong.Hairan bin Ajaib sungguh.Adakah Eric Tan Kim
Loong ini Pak Arab itu???.

Jika Eric Tan lah Pak Arab misteri,yang di sebut-sebut kerajaan
selama ini,nampaknya Pak Arab yang di sangka rakyat itu,bukan
lah dari Timor Tengah sana,tetapi seorang usahawan Cina  dari
Malaysia.

Tapi itu juga menambah seribu satu kemuskilan yang lain,Adakah
itu bermakna Pak Arab yang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr.Ahmad Zahid Hamidi jumpa seperti di dakwanya sebelum ini,
wakil kepada Eric Tan ???.

Atau adakah itu bermakna Eric Tan adalah kaum kerabat Raja
Arab Saudi,memandangkan Peguam Negara bermati-matian men-
dakwa dana itu berasal dari keluarga di Raja Negara Asia Barat
itu??.Atau ada kah seloroh kisah Derma dari Pak Arab yang hartawan
budiman lagi "Gentlemen" ini hanya satu cerita dodol yang di reka
khas oleh pihak tertentu,supaya orang kita terus lina di buai
MIMPI??????......





Thursday 4 August 2016

PERKEMBANGAN MENGEJUTKAN DARI TERENGGANU !!!















SAIFUL BAHRI MAMAT,Pesuruhjaya PAS Terengganu.......
=============================================

Perkembangan mengejutkan dari Terengganu: PAS sedia
mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu,sekira nya
berlaku perubahan mejoriti Dewan Undangan Negeri,susulan
kemelut dalaman umno,kata Pesuruhjaya PAS Terengganu
Saiful Bahri Mamat.

Bagaimana pun,beliau mengakui ia hendaklah mendapat perke-
nan Sultan bagi menukar kerajaan,tanpa melalui proses pilihan
raya.

Perkembangan mengejutkan dari Terengganu,"PAS bila-bila
masa sahaja,kita bersedia untuk mengambil alih Pentadbiran
Kerajaan Negeri,sekiranya mejoriti kerusi memihak kepada kita,"
katanya ketika di hubungi FMT.

"Pendirian kita tetap sama,ini masaalah dalaman umno,biar dia
selesaikan,kalau tidak mampu selesaikan juga,kena serah kan ke-
pada rakyat,balik mandat dengan membuat pilihanraya Negeri,
kalau tidak masaalah ini menyebabkan rakyat menjadi serabut dan
muak dengan kerajaan sedia ada."

Krisis Terengganu yang bermula pada 2014,selepas Datuk Seri
Ahmad Said di paksa melepaskan jawatan nya kepada Menteri
Besar sekarang,Ahmad Razif Abdul Rahman,kembali hangat beri-
kutan tindakan menghadapkan ADUN KIJAL itu ke  Lembaga
Displin umno,kerana mengkeritik kepimpinan negeri dan Datuk
Seri Najib Razak.

Perkembangan mengejutkan dari Terenmgganu: Sekarang tindakan
memecat Ahmad Said itu keputusan sendiri untuk keluar umno,
akan mengubah kedudukan BN,dan DUN yang memiliki  17  kerusi
sementara pihak pembangkang mempunyai 15.

Kedudukan Raif juga di katakan,terus di tekan,ekoran keritikan
terhadapnya daripada exco negeri Ghazali Taib,,yang juga Adun
Ajil.

Saiful berkata,Ahmad Said dan Adun BN lain yang sudah hilang
kepercayaan terhadap kepimpinan Razif, hanya banyak bercakap,
tetapi perlu keluar umno dengan segera.

Perkembangan mengejutkan dari Terengganu:"Kita bersedia dlm
apa keadaan sekali pun,maknanya kalau adakan pilihanraya sekali
pun,kita sudah bersedia,"tambah Adun Paka itu.

PAS BELUM PUTUSKAN SERTAI BERSIH 5...



















=============================================
PAS belum putuskan sertai BERSIH  5..

Walaupun berjaya mengumpulkan penyertaan besar sebelum ini,
BERSIH 4,bagaimana pun terpalit imej Polarisasi Kaum,apabila
kurang nya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktor ia lah,apabila Pas tidak mendukung acara itu
secara rasmi,selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat,bersama
PKR dan DAP.

Justeru,bagi masyarakat sivil,penyertaan parti itu amat penting
bagi mengelak kan tanggapan negetif berulang.

PAS bagaimana pun setakat ini masih belum membuat keputusan
nya,"Parti belum buat sebarang keputusan."

"Kita tunggu sehingga sampai waktu,kita akan umumkan pendi-
rian parti,"kata Timbalan Preseden Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man,melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim jua berkata,pihak nya setakat ini belum di maklum
kan atau di undang secara rasmi oleh pihak BERSIH.

Beliau di tanya pendirian Parti Islam itu kali ini,setelah BERSIH
semalam [Selasa] mengumumkan perhimpunan rakyat besar-be-
saran kali kelima dalam masa terdekat.

Pengerusinya Marina Chin Abdullah dalam sidang akhbar di-
pejabatnya di Pataling Jaya berkata,himpunan kali ini untuk menun-
tut tindakan lanjut mengenai Skandal 1MDB.





Tuesday 2 August 2016

NOH PERTAHAN CADANGAN WAJIBKAN PIBG KUTIP DANA SEKOLAH..

















==============================================
Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertahankan cadangan nya
mahu mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru [PIBG] di semua
sekolah di Selangor mengutip derma di sebabkan dana kerajaan
Persekutuan tidak mencukupi.

Beliau membidas ahli Parlemen Segambut,Lip Lim Eng yang
mempersoalkan cadangan itu,"tidak masuk akal",kerana menjadi
tanggungjawab kerajaan membelanjakan wang menyelanggara
sekolah.

"Saya cadang hari itu,PIBG mengadakan program mencari  dana
seperti yang di lakukan oleh sekolah Sifir," kata Noh yang  di lantik
sebagai menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan
Tempatan bulan lalu.

"Jadi dia [Lim] ni tak pernah jadi pemimpin PIBG,mana dia  erti
bahasa," katanya dalam sidang media di Jabatan Bomba dan Penye-
lamat Malaysia Putrajaya.

"Katanya, PIBG boleh menganjurkan aktiviti seperti sambutan hari
keluarga atau jualan jumbo bagi mendapatkan dana."

"Saya nak bagi tahu ahli Parlemen Segambut,kalau tidak faham
jangan cakap,"tambah Noh.

Noh yang juga bekas Tim.Menteri Pelajaran,berkata,kebiasaan nya
PIBG  akan di bantu Kerajaan Persekutuan.

Lim berkata,Belanjawan 2016,sudah banyak mengurangkan perun-
tukan untuk sektor pendidikan,tetapi pada masa sama menambah dana
untuk Jabatan Perdana Menteri,daripada RM.19 Bilion tahun lalu ke-
pada RM.20.3 Belion.

"Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan
RM.20.3 Belion Jabatan Perdana Menteri,untuk di gunakan  bagi
tujuan penyelenggaran sekolah," katanya,Lapor FMT...


APABILA MENTERI RECOND BERSUARA......















==============================================
APABILA MENTERI RECOND BERSUARA...Jelas dan
bersuluh nampak idea otak UDANG.....!!.

Menteri baru di lantik,NOH OMAR cadang wajibkan  PIBG
kumpul duit rakyat untuk tampung perbelanjaan mengurus
INFRASTUKTUR sekolah.

Tidak cukup lagikah ibu bapa,guru dan anak membayar cukai
barangan dan perkhidmatan [GST] ?. Sekarang pun ibu bapa
telah membayar sendiri untuk nota,kertas ujian pepereksaan
serta yuran kelas tambahan anak-anak melalui PIBG.

Apa lagi yang kita rakyat Malaysia akan tanggung ?,DERMA
Berbelion kepada MO 1, kita tanggung,hutang Jho Low dan
hutang joli,malah hutang judi pun kita anak cucu kena tanggung,
[ITU ANDAIAN,Sebab KPN kata kalau buat andaian , tak  salah
....kan.....kan]

GST....hang pi mana,hang pi mana ....???

Potong Bajet JPM,bukan minta PIBG cari duit
http://www.Malaysiakini.com/news/350861.

Ahmad Zuber, "Kami pendidik,bukan ahli Politik."

Monday 1 August 2016

UMNO DAH MULA KEMPIN RASIS,PERKAUMAN...

























O2-O8-2O16 :Kalu UMNO KALAH PRU NEH, CINA
AKAN MEMERENTAH NEGARA,ABEHLEE MELAYU.
Gitu lee,kempin rasis UMNO bagi menakut-nakutkan  orang
Melayu supaya mengundi mereka,mereka dah mula berkempin
di kampung-kampung,mak cik-pak cik felda.

Bila UMNO tidak lagi memerentah negara,maka tiada lagi
pembela nasib orang-orang Melayu,Agama abeh,hak Istime-
wa orang-orang Melayu,ekonomi Melayu,UMNO sanggup
berkempen bagitu demi nak pertahankan kuasa mereka.

Tapi...kempin rasis nie nampak nya sudah tidak terpakai lagi
pada orang-orang Melayu di kota-kota atau pinggir kota.Ia
hanya masih terpengaruh Melayu-Melayu kampung,pak cik
mak cik kampung dan pak cik-mak cik Felda yang duduk di-
Saluran Satu orang tuha lee,[tua],anak - anak muda dah tak
percaya kempin mengarut ini,nak menakutkan orang melayu
supaya mengundi mereka.

Kerana selama nie pun,UMNO bukan lagi pembela Melayu,
agama,bangsa,mereka semuanya berjuang untuk perut merka
keroni,anak pinak mereka,songlap sana,songlap sini.Tak caya,
siasat lee sendiri,satu penggal jadi wakil rakyat,berapa keka-
yaan mereka.

Tuu...pun ada Melayu masih caya kempin mereka,kalau UMNO
kalah PRU nie,Cina memerentah negara !?--Kalau ada Melayu
masih caya,itu Melayu otak biul,otak makan dedak,Ini Fakta nya,
Rakyat Malaysia lee nie..2016, 31 juta orang,70% Melayu bumi-
putra,Islam 67%,China,23%,India,7%,Ini Fakta bukan Auta.......
Bolehkah 23%+7% rampas Malaysia...hahaha...Dedak-Dedak...

ISU 1MDB BUKAN CAMPUR TANGAN ASING..

 01-0GOS-2016: ISU IMDB bukanlah campur tangan
asing.
Kes ini timbul semula,heboh,herok-pikok,gegak gempita
di Media Sosial,apabila Jabatan Kehakiman Amrika Sya-
rikat [DOJ] memfailkan saman sivil untuk menyita dan me-
rampas aset-aset yang di beli oleh rakyat Malaysia di AS
dan lain-lain negeri secara tidak sah.

Beberapa ulasan menteri,timbalan menteri,bekas-bekas
menteri,macai-macai mereka bahawa,ini Konspirasi bagi
menjatuhkan kerajaan Malaysia dan campur tangan  asing.

Rakyat Malaysia,bukanlah bodoh sangat,tahu membezakan
yang mana satu campur tangan asing-yang makan dedak pun
tahu,tapi dek kerana untuk membela tokeh dedak supaya terus
berkuasa dan memberi dedak pada mereka,mereka terpaksa
pejam mata.

Sejak Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mrampas
menyita aset-aset berbelion ringgit,yang di perolehi cara tidak
sah,di beli dengan wang di jangka wang songlap dari 1MDB,
Ini bukanlah campur tangan asing,Amerika akan menegak  kan
undang-undang di negara mereka dengan undang-undang pengu-
balan wang haram [Money landring act] mereka ada undang-
undang mereka,mereka terpaksa menyiasat kes-kes tersebut ke-
rana nak menjaga reputasi dan nama baik institusi kewangan
mereka sendiri,ini bukan campur tangan Amerika keatas kedau-
latan Malaysia.

Masaalahnya 1MDB menjalankan kegiatan aktiviti secara lang-
gar undang-undang mereka,di Bumi mereka.Kalau 1MDB,hanya
mengedar,melabur secara haram di Malaysia saja,maka tiada sebab
atau tiada kuasa mereka kes-kes dalam negara kita,tiada apa-apa
konspirasi di sini yg mereka langgar undang-undang kedaulatan
negara kita.

Oleh itu pak-pak menteri,bekas-bekas menteri,pencacai,janganlah
dungu sangat,jangan buat ulasan jadi serabut pada rakyat,janganlah
berfikir semua rakyat Malaysia nie semuanya bodoh-bodoh macam
lembu Condo,henti kan lah ulasan perpoganda nak mengelirukan
rakyat,ulasan kami tidak masuk akal,cuma membodek untuk dapat
dedak labih,naik pangkat dll.

Kalau kita fikir-fikirkan,memang anak Malaysia bagitu hebat
menjadi ketua......ketua penyamun,melarikan wang IMDB menge-
lilingi dunia,mula di KL,Singapura,Timor Tengah,Hongkong,AS,
Swizerland dan banyak lagi,kemudian balik ke-KL,dan masuk
dalam Akaun peribadi MO.1 di Ambank.

Tetapi,kerja kotor,menipu,mencuri ini tidak di berkati Allah,akhir
nya seperti pepatah orang dedulu,"Sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ketanah jua". Pak-Pak menteri,pencacai,berkata  lah
dengan jujur,walau pun pahit, kamu di lantik membela rakyat,bukan
membela individu tertentu,takutlah perbicaraan di Mahkamah Allah
nanti,kamu akan di soal di Mahkamah Allah-sama ada kamu bercakap
benar atau sebaliknya,fikir-fikirkan lah.....
Astaghfirullah hil azim....