BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 August 2016

Berita Mengejutkan,Buat Umat Islam Berang.....







 







----------------------------------------------------------------------------
BERITA MENGEJUTKAN-BUAT UMAT ISLAM BERANG...

PAS dan PERKASA  semalam mengecam penganjur sebuah
Anugerah Tahunan pada Ahad lalu menamakan Mufti Perak
Tan Sri Harussani Zakaria "pemenang"katigori "Hina Intelek"
atas kenyataan nya mewajibkan isteri sentiasa akur dengan sua-
mi dalam melaku kan hubungan seks.

Dewan Pemuda Pas Perak berkata,kumpulan bertindak bersama
bagi kesaksamaan Gendar [JAG] dan Inisiatif Kesaksamaan
Gendar [JEI] yang menganjurkan "Anugerah Aiyo Way Lah "
setiap tahun itu menunjukan mereka biadap dan Jahil,dan menun-
tut tindakan daripada kerajaan keatas apa yang di namakan nya
golongan "Songsang".

Seraangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada
umat Islam di Malaysia,khususnys di Perak,"kata ketuanya Mohd
Akmal Kamaruddin.

"Hujah yang di keluarkan dalam isu tiada Konsep Rogol dalam
perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal Munakahat berlan-
daskan syarak," kata Akmal.

"Aiyo Wai Lah" di adakan bagi memastikan Pegawai  Awam
bertanggungjawab keatas kenyataan atau tuduhan mereka, dan
"pemenang"kerap dinamakan atas kenyataan di anggap seksis atau
tidak masuk akal yang di ucapkan sepanjang tahun.

Harussani di namakan atas kenyataan nya pada April 2015, yang
mewajibkan isteri bersetuju mengadakan hubungan seks dengan
suami walaupun "mereka menunggang di belakang unta,"memetik
apa yang di dakwanya sepotong hadis.

Ia di percayaai ekoran kontroversi kis rogol yang di lakukan suami
keatas isteri.

Turut dinamakan dalam "Anugerah" ialah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia [Jakim] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nnacy Shukri
dan Jabatan Agama Islam Selangor [Jais].

Dalam responnya semalam,Harussani mempertahankan kenyataan
nya,sambil membidas penganjur sebagai "JAHIL MURAKKAB"
[BERGANDA-GANDA].

"Saya bercakap dari segi hukum syarak,hukum mereka pul Pelik,
Suami suruh isteri,Isteri tidak setuju,buat apa.Apa makna Kahwin.
Itu lagi tak masuk akal.GILA punya pendapat," kata Harussani
kepada FMT semalam.

Sementara itu Pengurusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa,Dr.Amini
Amir Abdullah,berkata Majlis Anugerah itu tidak menghormati
Institusi Ulama dan Islam di Malaysia.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa makna kepada wanita,
kerana apa yang di katakan sebagai Diskriminasi terhadap  wanita
adalah tidak berdasarkan kepada penelitian yang utuh."

"Terdapat banyak lagi kaedah lain untuk memperjuangkan hak-hak
wanita,bukan nya mengambil tindakan yang bodoh seperti ini,terma-
suk menghina ulama dan mempertlekeh Jakin dan Jais,"katanya.

Amini menuntut agar penganjuran anugerah itu di hentikan serta
merta dan permohonan maaf terbuka di buat terhadapMufti,Kerajaan
dan pihak-pihak berkuasa agama.

Perkasa turut mempersoalkan kaedah memilih "pemenang"itu,kerana
ia di buat di lakukan oleh pengundi luar negara."Cara pemilihan peme-
nang 'Anugerah" JAG dan GEI juga meragukan,kerana hak mengundi
untuk menentukan pemenang bagi anugerah ini adalah di buka dimana
1065 orang yang berumor 18 tahun keatas,termasuk pengundi dari
Australia dan Amerika Syarikat telah mengambil bahagian untuk memi-
lih pemenang 'Anugerah" karut-marut mereka,"katanya.

"Hormatilah Ulama dan semua pihak dan jangan lah terikut-ikut dengan
Gerakan Feminisme dan Womens Liberation Barat,"kata Amini.

"Kembalilah kepada Islam yang tulin dan jadikan musyawarah dengan
semua pihak sebagai asas tindakan,serta elak kan melakukan se suatu
secara Semborono."

0 comments: