BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 9 August 2016

PAS SEDIA SAMAN SERAWAK REPORT,NAJIB BILA LAGI...





















-----------------------------------------------------------------------------
Ahli Parlemen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tertanya-tanya
bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mamfailkan
saman terhadap portal pemberi maklumat,Serawak Report.

Ini kerana,katanya,Pas kini bersedia mengambil tindakan undang-
undang terhadap portal itu kerana mendakwa pemimpin atasannya
menerima wang sebanyak RM.90 Juta daripada Perdana Menteri.

Bagaimana pun,Mahfuz tidak menangkis tuduhan bahawa pemim
pin partinya menerima wang berkenaan,sebaliknya mensasarkan
Najib dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan berat.

"Tuduhan berat ini menggambarkan permainan dan percaturan
politik JIJIK Najib bagi terus mencengkam kuasa dengan pem-
berian wang yang berunsur rasuah untuk membeli lawan politik
nya."

"Tuduhan ini akan menjejaskan nama baik negara dan akan meng-
hilangkan kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia
serta menjunamkan indeks rasuah Malaysia," kata Mahfuz  dalam
kenyataan media.

Katanya lagi,Najib tidak boleh membiarkan tuduhan ini berlalu
tanpa membersihkan namanya dan negara dengan menghirit Sera-
wak Report kemuka pengadilan.

"Rakyat menanti tindakan Najib menyaman Serawak Report
sebagai tanda usaha membersihkan nama Malaysia di persada
antarabangsa.

"Pas sudah bersedia untuk saman Serawak Report,Najib bila lagi,
rakyat tidak mahu mendengar pengakuan Najib,bahawa RM.90
juta itu sebagai derma politik peribadi Pahlawan Bogis  kepada
peribadi orang atasan Pas," kata Mahfuz.

Terdahulu,Mahfuz hari ini meminta Serawak Report menamakan
pemimpin Pas yang menerima wang berkenaan bagi menjauh  kan
parti itu daripada pembangkang.

Pas semalam menyangkal laporan tersebut dan mengacam aka
mengambil tindakan undang-undang terhadap portal itu.

Berikutan itu,pengarang nya Clare Rewcastle Brown menjelaskan
dakwaan itu di buat berdasarkan "Kecurigaan yang meluas."

*** Ulasan anak kampung: Pas sudah sedia saman Serawak
Report,Najib bila lagi???...Sabar-sabar Datuk Mahfuz,kan hari nie
Jumaat,Besok hari Sabtu,kerja sekerat hari..Lusa hari Ahad Holiday,
Tulat,hari Isnin,Cuti hari jadi aku,Tungging lee,Tungging hari selasa
boleh laa...Datuk....ha-ha-ha...selasa-selasa-selasa...

0 comments: