BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 22 August 2016

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR KENA BELASAH...















----------------------------------------------------------------------------
Ahli Parlemen Sungai Siput Dr.Michael Jeyakumar Devaraj
menggesa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meletak
jawatan sebagai Menteri Wikayah Persekutuan dan Ahli Parle-
men sekiranya takut mengistiharkan harta pada rakyat.

Dr Jeyakumar berkata,lebih baik tengku Adnan yang populer
di gelar KU NAN itu menjadi ahli perniagaan atau rakyat biasa
kerana tiada sesiapa  akan memintanya mengistiharkan harta.

"Jika mahu jadi ahli parlemen mesti bersedia untuk istihar kan
harta.Jika kamu takut,jangan jadi ahli parlemen,"

"Sila berundur dan jadi orang biasa atau ahli perniagaan,kerana
tiada siapa akan meminta supaya istiharkan harta,melainkan pro-
ses pembayaran cukai saja,"katanya ketika di hubungi FMT.

Beliau berkata,kenyataan Ku Nan yang bimbang anak dan isteri
di culik jika mengistiharkan harta,hanya lah alasan untuk menge-
lak berbuat demikian.

"Ini [istiharkan harta] boleh menjadi alasan untuk sesiapa berkata
demikian.Saya ingat dalam negara demokrasi matang,semua harus
istiharkan harta," katanya.

Sehubungan itu, Dr Jeyakumar meminta rakyat bijak menilai dan
memilih calon untuk mewakili mereka dan mengenakan syarat
kepada calon bertanding agar berani mengistiharkan harta.

Ku Nan berkata,beliau sudah membuat pengistiharan tahunan
kepada Perdana Menteri,menakala Datuk Bandar Kuala Lumpur
Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz membuat pengistiharan
aset kepada Ketua Setiausaha Negara.

Sebelum ini,Dr.Jeyakumar mengaku,harta beliau tidak bertambah
sejak menjadi ahli parlemen Sungai Siput pada 2008 sehingga peng-
hujung 2015.

Beliau bertanding atas tiket Parti Sosialis Malaysia [PSM] dan ber-
tikad mahu membawa perubahan dalam politik,dengan membuat
pengumuman harta kepada rakyat setiap tahun sejak 2008...

0 comments: