BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 23 August 2016

MO.1,NAJIB PERLU DEDAH IDENTITI....



















----------------------------------------------------------------------------
MO.1,NAJIB PERLU DEDAH IDENTITI-TUAN IBRAHIM
TUAN MAN..

SHAH ALAM :- Datuk Seri Najib Tun Razak di gesa mendedah
kan Identiti sebenar Malaysian Official 1, [MO.1] yang di kaitkan
dalam siasatan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat [DOJ]
terhadap 1 Malaysia Development Berhad [1MDB].

Timbalan Presidin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
ia bagi mengelak kan kekeliruan berterusan berkaitan isu tersebut.

Tuan Ibrahim berkata,Najib selaku Persedin UMNO dan pemim-
pin BN perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan isu  itu se-
belum keadaan bertambah rumit.

"Nampaknya [timbul kekeliruan] di kalangan UMNO dan BN
yang keliru dengan identiti M0.1,Sehinggakan ahli parlemen
Lengkawi Datuk IR Nawawi Ahmad mencetuskan kountroversi
mengenai identiti MO.1,kerana mengaitkan nya dengan Yang di-
Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Untuk mengelakan kekeliruan berpanjangan dan tercetusnya
mangsa kedua yang di kaitkan dengan MO.1,Najib perlu mem-
beri tahu siapa MO.1 sebenar,"katanya dalam kenyataan hari
ini.

Nawawi sebelum ini memuat naik status di laman Facebook nya
menyatakan Yang di Pertuan Agong ialah MO.1,  bertanggung
jawab terhadap kerajaan,berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun beliau telah memohon keampunan kepada Yang
di Pertuan Agong hari ini.

DOJ. menyebut MO.1,dalam laporan saman sivil bagi mendapat
kan kembali aset yang di perolihi melalui dana yang di dakwa  di-
selewingkan daripada 1MDB.

Kata Tuan Ibrahim lagi,Najib juga boleh memberi bayangan
identiti MO.1, sekiranya beliau tidak mahu mendedahkan nama
pegawai tersebut.

"Dengan ini,sudah pasti tiada lagi ahli parlemen seperti Nawawi
yang terteka sehingga mengaitkan identiti MO.1 itu kepada Agong.

"Saya pasti kalau Nawawi di beri maklumat yang betul,beliau tidak
akan bersikap teka,siapa sebenar MO.1 dan UMNO-BN tidak akan
di malukan lagi dengan tekaan yang jelas jauh tersasar,ujarnya.

***sumber...

0 comments: