BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 2 August 2016

NOH PERTAHAN CADANGAN WAJIBKAN PIBG KUTIP DANA SEKOLAH..

















==============================================
Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertahankan cadangan nya
mahu mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru [PIBG] di semua
sekolah di Selangor mengutip derma di sebabkan dana kerajaan
Persekutuan tidak mencukupi.

Beliau membidas ahli Parlemen Segambut,Lip Lim Eng yang
mempersoalkan cadangan itu,"tidak masuk akal",kerana menjadi
tanggungjawab kerajaan membelanjakan wang menyelanggara
sekolah.

"Saya cadang hari itu,PIBG mengadakan program mencari  dana
seperti yang di lakukan oleh sekolah Sifir," kata Noh yang  di lantik
sebagai menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan
Tempatan bulan lalu.

"Jadi dia [Lim] ni tak pernah jadi pemimpin PIBG,mana dia  erti
bahasa," katanya dalam sidang media di Jabatan Bomba dan Penye-
lamat Malaysia Putrajaya.

"Katanya, PIBG boleh menganjurkan aktiviti seperti sambutan hari
keluarga atau jualan jumbo bagi mendapatkan dana."

"Saya nak bagi tahu ahli Parlemen Segambut,kalau tidak faham
jangan cakap,"tambah Noh.

Noh yang juga bekas Tim.Menteri Pelajaran,berkata,kebiasaan nya
PIBG  akan di bantu Kerajaan Persekutuan.

Lim berkata,Belanjawan 2016,sudah banyak mengurangkan perun-
tukan untuk sektor pendidikan,tetapi pada masa sama menambah dana
untuk Jabatan Perdana Menteri,daripada RM.19 Bilion tahun lalu ke-
pada RM.20.3 Belion.

"Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan
RM.20.3 Belion Jabatan Perdana Menteri,untuk di gunakan  bagi
tujuan penyelenggaran sekolah," katanya,Lapor FMT...


0 comments: