BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 28 August 2016

Adakah Tun Razak Juga Pengkhianat Kerana Bekerjasa dengan Pembangkang Selepas Tragedi 1969 ?.

Berikut ini adalah tulisan seorang "Bangsa Kelantan" yang
menetap di luar Negara berdasarkan tontonan nya secara
live ucapan    Tun Mahathir Mohamad  di  Ketereh   pada
26.0gos.2016 lalu.

Tulisan ini telah banyak tersebar di Media Sosial serta Grup
Whatsapp dan di kongsikan di sini untuk kebaikan kita ber-
sama,mudah-mudahan perubahan     semakin   dekat dengan
hati kita.(SH 28/8/2O16).

1. Malam tadi saya menonton lintas langsung Program Bicara
Rakyat di Kampung saya Ketereh,Kelantan.Program tersebut
menampilkan Tun Dr Mahathir,Tan Seri Muhyiddin Yassin dan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
2.Saya bersengkang mata hingga jam 2.00 pagi waktu Hobart
untuk menonton kesemua ucapan di mana Tun Mahathir men-
jadi penceramah akhir.
3.Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil,saya cuba un-
tuk tidak melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan
Tun,terutamanya dalam program-program politik.
4.Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat
dan fakta-fakta yang menarik.
5.Dalam ucapan malam tadi,beliau menyentuh tindakan pemim-
pin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama
dengan bpembangkang.
6.Beliau menekan kan,bahawa dalam politik,Stratigi amat lah
penting.Menurut Tun Mahathir ,selaku bekas  Pengurusi BN,
rahsia BN menang di dalam Pilihanraya ia lah kerana mereka
tidak bertanding melawan sesama sendiri.
7.Tun M, menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak
menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan
bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seper-
ti GERAKAN,PPP [Peoples Progressive Parti],SUPP dan  juga
PAS.Menurut Tun Mahathir,DAP pada masa itu juga di jemput
bersama,tetapi parti tersebut menolak.
8.Oleh itu,menurut Tun M. bukanlah sesuatu yang pelik sekira
nya BERSATU bersedia bekerjasama dengan pembangkang
pada waktu itu untuk mengwujudkan sebuah kerajaan  yang
kukuh.
9.Ini satu hujah yang amat menarik !
10.Jika imbas kembali,dalam pilihanraya umum 1969,Gerakan
telah berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang,dengan me-
rampasnya dari MCA,PPP pula hampir membentuk kerajaan di-
Perak [hanya kekurangan dua kerusi],menakala PAS pula mem-
bentuk kerajaan di Kelantan.
11 Pada 1972,Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan ianya
kemudian di ikiti oleh PAS.Akhir nya pada 1973,Barisan Nasio-
nal di bentuk.
12.Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang
sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhia-
natan kepada orang Melayu,bukan kah ia bermakna mereka ber-
kata,tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan
pembangkang dalam membentuk BN juga satu Pengkhianatan?.
13.Bagi saya,ia nya bukan satu pengkhinatan.Tetapi satu stratigi
Politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan
stabil,selepas negara melalui tragedi 13 Mei.
14.Sama-sama lah kita  fikirkan !
Dr.Radzi Jidin
Hobart Australia 27-0gos-2016
untuk FB,Bicara Malaysia.



0 comments: