BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 21 August 2016

NAWAWI BERPERANGAI TIGA SUKU-KATA MAHFUZ...















=============================================
KUALA LUMPUR - Datuk Mahfuz Omar memberi amaran
kepada Ahli Parlemen Langkawi,Datuk Nawawi Ahmad supaya

berhenti berdolak-dalik  dengan perangai tiga sukunya dan tidak
mengheret Yang di Pertuan Agong dalam skandal 1MDB.

Ahli Parlemen Pokok Sena itu juga mahu Nawawi memohon
ampun kepada Agong dengan segera kerana merujuk baginda
sebagai "Malaysian Official 1' [MO.1].

"Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa .Bhkan
nya tiga suku macam Nawawi".

"Sebagai Rakyat Malaysia dan anak negeri Kedah,jika Nawawi
seorang yang beradap,beliau perlu memohon  ampun   kepada
Agong tanpa tunggu titah tuanku",katanya dalam satu kenyataan
hari ini.

Mahfuz berkata,Nawawi juga perlu memohon maaf kepada rakyat
atas kenyataan berbaur hasutan yang di muat naik   ke  Facebook
nya sebelum ini.

"Jangan anggap dengan mengatakan kamu tidak bersalah dan untuk
apa nak minta maaf,kamu sudah menghasut rakyat untuk memben-
ci Yang di Pertuan Agong."

"Kamu jangan angkuh dan sombong dengan rakyat.Kamu di pilih
rakyat.Jangan biadap dan kurang ajar pada Yang di Pertuan Agong
dan rakyat,"katanya.

Kelmarin polis memaklumkan akan memanggil Nawawi bagi me-
nyiasat kenyataan nya merujuk Agong sebagai MO.1,yang turut
di sebut dalam laporan Jabatan Keadilan [DOJ] Amerika Syarikat
yang memfailkan Saman Sivil bagi menyita harta yang di dakwa
di beli daripada penyeliwengan dana 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,Polis mene-
rima beberapa laporan mengenai perkara itu,dan siasatan akan  di-
jalankan..
*****sumber...

0 comments: