BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 21 August 2016

PANDELELA DAN NUR DHABITAH LAYAK KE AKHIR.
















---------------------------------------------------------------------------
Pandelela Dan Nur Dhabitah ke Akhir,terjun 10 meter Platform
Olimpik RIO.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri mara
ke peringkat akhir acara terjun10 meter Platform Individu Sukan
0limpik RIO di Pusat Akautik Maria Lenk di sini hari ini.

Dalam aksi separuh akhir bagi menentukan 12 peserta yang layak
ke peringkat akhir,Pandelela yang juga pemenang pingat Gangsa
acara ini di sukan Olimpik London 2012 menamatkan aksinya di
kedudukan ke enam,selepas mengumpul 336.95 mata.

Nur Dhabitah 17,atlet paling muda dalam kontenjen negara di
temasya Olimpik kali ini pula mengumpulkan 307.65 mata daripada
lima terjunan untuk mengesahkan tempat ke final setelah berada di
posisi ke sebelas.

Kesemua 12 peserta teratas daripada 18 atlet yang beraksi di separuh
akhir,akan bertarung di peringkat akhir yang di jadualkan pada  pukul
4.00 petang ini waktu tempatan [3.00 pagi waktu Malaysia].

Wakil China,Si Yajie mendahului peserta lain dengan 389.320 mata
di ikuti penerjun Amerika Syarikat Jassica Parratto [367] dan seorang
lagi atlet China,Ron Qian [362.40].

Pandelela memburu pingat keduanya di Rio,selepas meraih Perak dalam
acara 10 meter Platform Seirama berganding dengan Cheong Jun Hoong
minggu lalu....Bernama.

0 comments: