BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 10 August 2016

ARAHAN KEPADA MENTERI BESAR TERENGGANU...




















=============================================.
BALI-Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman
telah di arah supaya merapatkan semula barisan kepimpinan umno
di negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan kembali  Barisan
Nasional di Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
berkata,beliau telah menemui Ahmad Razif malam kelmarin  dan
mengarahkannya supaya membuat perkiraan politik yang teliti.

"Dalam perkiraan matamatik politik,satu di tolak,kita boleh hilang
kesemuanya dan saya telah arah beliau [Ahmad Razif] membuat
perkiraan politik secara teliti dan merapatkan kembali saf kepim-
pinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Krisis politik Terengganu di katakan tegang apabila bekas Men-
teri Besar yang juga ahli dewan undangan negeri KIJAL,Datuk
Seri Ahmad Said bakal di kenakan tindakan oleh Lembaga Dis-
plin umno kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpi-
nan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada MB.

Kedudukan kerajaan negeri itu menjadi goyah jika Ahmad di kena
kan tindakan pecat daripada umno,memandangkan BN memiliki
17 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu  menakala
Pas 14,PKR 1 kerusi.

Ahmad Zahid berkata umno tidak mahu atas faktor dalaman parti,
BN  kehilangan kuasa di Terengganu.

"Kita telah ada pengelaman dan tidak mahu mengulang kesilapan
yang menyebabkan hilang kuasa di Terengganu,"katanya.

Beliau berkata,semua pihak harus melihat kepentingan jemaah ada
lah lebih daripada kepentingan peribadi dan beliau yakin Ahmad
mempunyai jiwa besar untuk menyelamatkan umno di negeri itu.
Bernama...

0 comments: