BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 10 August 2016

HARGA PAS BUKAN RM.90 JUTA..



























USTAZ ROSLI ABDUL JABBAR,PJ.PAS PAHANG.

===========================================
Tidak ada  orang berjuang dalam Pas kerana nak duit,kalau
ada pun tak lama akan duduk dalam Pas,lambat laun akan lari
juga tinggalkan Pas,sebab yang di tunggu tak kunjung tiba.

Dalam Pas,ada orang kaya dan ada orang miskin,orang kaya
biasanya masuk Pas setelah dia kaya,bukan dia kaya kerana
dapat keuntungan dari Pas,malahan harta kekayaan di habis
kan untuk perjuangan Pas.

Orang miskin pun begitu,bukan dia miskin setelah masuk Pas,
biasanya memang dia dah sedia miskin,namun,walau pun dia
tahu,masuk Pas tak jadi kaya,namun dia tetap juga berjuang dan
berkorban apa yang mampu bersama Pas,kerana dalam Pas ba-
nyak peluang untuk menabong bagi merebut kekayaan Akhirat.

Tidak berbaloi RM.90 Juta itu dengan pengorbanan ahli,RM 90
juta itu bukan bandingan langsung,semua ahli Pas tak pandang
semua itu,kecuali orang yang di resepi hatinya dengan hasutan
syaitan supaya menjual perjuangan nya.

Pas sudah membayar dengan harga yang tidak ternilai,demi mem-
beli tawaran daripada Allah,bukan sahaja duit,malahan nyawa demi
perjuangan islam nya dan kerana menuntut redhanya.

Pas tidak teliur pun RM.90 juta itu,sebagaimana Pas tidak teliur
dengan Puterajaya yang tidak melaksanakan islam,kalau dapat duit
tidak dapat redha Allah,semua tidak bernilai di sisi Allah,apabila
tujuannya kerana menuntut Mardhatillah.

Jangan ingat redha itu boleh di beli setelah ada duit banyak,redha
bukan barangan di pasar raya,bila ada duit boleh beli,redha juga bu-
kan macam kuasa,apabila memerentah baru dapat redha.Redha itu
mesti bersama dengan semua tindak tanduk kita,tidak kira kita sudah
memerentah atau belum memerentah,kalau dapat RM.1,tapi bersama
redha Allah,jauh lebih bernilai daripada RM.90 Juta atau Putrajaya
yang tidak bersamanya keredhaan Ilahi.Redha tidak boleh di beli,
walau pun memiliki lebih daripada RM.90 Juta.

Sebab itu Pas tidak peduli semua fitnah,cerca apabila pertahankan
perinsip perjuangan Pas,sejak dulu hingga kini,tidak ada nilai lang-
sung RM.90 Juta itu jika mahu di tukarkan dengan prinsip yang Pas
pertahankan selama ini..harakahdaily.net.









0 comments: